World Tourism Day 2017

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) sekali lagi menganjurkan sambutan World Tourism Day (WTD) 2017 bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 26 dan 27 September ni.

World Tourism Day 2017 bertemakan 'Sustainable Tourism - A Tool for Development' . World Tourism Day dianjurkan bertujuan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai World Tourism Day selain memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat dan pelancong luar negara dari segi kepentingan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, kemasukan sosial, pekerjaan dan pengurangan kemiskinan, kecekapan sumber, perlindungan alam sekitar dan perubahan iklim, nilai budaya, kepelbagaian dan warisan, dan persefahaman serta keamanan bersama.

Sabtu lepas, Aten dan rakan media lagi memeriahkan World Tourism Day dengan acara WTD 2017 Cycling Night Ride sejauh 12KM di sekitar Putrajaya. Bukan itu je, ada jugak peserta daripada para pensyarah dan pelajar, peserta dari MATTA dan dari Perbadanan Putrajaya (PPJ)

WTD 2017 Cycling Night Ride yang berkonsepkan berbasikal ini mendapat sokongan daripada rakan strategik WTD 2017 iaitu Perbadanan Putrajaya, Marina Putrajaya Sdn Bhd, MOTAC Selangor, Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia dan juga Red Adventure.

WTD 2017 akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti mini pameran pelancongan yang melibatkan antaranya Taylor's University, Limkokwing University, Perbadanan Putrajaya, MATTA, pameran dan promosi pakej homestay oleh FELDA, fotografi dan seni alam semulajadi oleh Nest, Birding Tourism oleh BirdGroup Taman Negara, Cherating Eco-Trail oleh Legend Cherating Beach Resort.

WTD 2017 juga menganjurkan forum perbincangan yang akan berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 27 September 2017, jam 11 pagi dengan tema 'Sustainable Tourism - A Tool for Development' oleh panel-panel jemputan daripada Malaysian Association of Hotels (MAH), Malaysian Association of Tours & Travel Agents (MATTA), Tourism Malaysia dan bakan menampilkan Mantan Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg Tan Sri Dr Ong Hong Peng selaku moderator.

Jadi, sesiapa yang takde aktiviti yang nak dilakukan esok, boleh datang memeriahkan World Tourism Day 2017 di MaTiC. Jumpa di sana!

Post a Comment

0 Comments