Samsung dan Song Ji Hyo Melancarkan Galaxy Note 8 !

Samsung dan Song Ji Hyo Melancarkan Galaxy Note 8 ! | Haritu Aten berkesempatan untuk ke pelancaran Samsung Galaxy Note 8 yang diadakan di Pavilion. Yang membuatkan acara ni menjadi meriah apabila kehadiran salah seorang peserta dari program yang disukai ramai iaitu Running Man turut serta dalam pelancaran ini iaitu Song Ji Hyo. 
Seawal 8 pagi lagi, peminat Song Ji Hyo telah datang untuk menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy Note 8.
“Masyarakat masa kini sentiasa berusaha melakukan perkara lebih besar dan yang terbaik dalam kehidupan; dan kesungguhan serta semangat mereka untuk mencapai lebih banyak lagi telah memberi inspirasi kepada kami untuk merekabentuk Note serba baharu yang pasti membantu orang ramai mencapai matlamat dan potensi mereka. Galaxy Note8 baharu memaparkan reka bentuk diperkemaskan, S Pen yang dipertingkatkan, dwi kamera yang terbaik dalam kelasnya, serta hiburan
inovatif dan keupayaan produktiviti bagi membantu orang ramai melakukan lebih banyak lagi. Ia adalah lebih daripada sekadar telefon pintar – ia adalah peranti yang berfungsi mengikut kaedah kehidupan kita, dan memperkasa kita untuk merealisasikan apa yang kita usahakan,’’ kata Encik KM Liew, Ketua Perniagaan IM, Samsung Malaysia Electronics.
Pada majlis pelancaran Samsung Galaxy Note 8, bintang Korea itu juga melaksanakan misinya untuk menunjukkan kepada peminat di Malaysia satu bentuk komunikasi baharu menggunakan ciri S Pen terkini Galaxy Note8, Live Message.
Nikmati Dan Lakukan Lebih Lagi Dengan Paparan Infinity
Galaxy Note8 mempunyai paparan paling besar yang pernah dilihat pada peranti Note, namun rekaannya yang nipis menjadikannya ia lebih selesa untuk dipegang dengan sebelah tangan. Paparan Infinity 6.3 inci Quad HD+ Super AMOLED membolehkan anda melihat lebih lagi tanpa perlu menatal (scroll) dengan lebih kerap. Galaxy Note8 memberikan anda ruang lebih besar untuk menonton, membaca dan melukis – menjadikannya sebuah telefon pintar pelbagai tugas yang terunggul. Pengguna Note telah lama berupaya melakukan banyak perkara dengan Multi Window. Menerusi Galaxy Note 8, ciri App Pair membolehkan anda mewujudkan sepasang applikasi rekaan sendiri pada panel Edge dan dengan serentak melancarkan dua applikasi dengan mudah. Anda kini boleh menonton video semasa mengutus mesej kepada rakan atau mengadakan persidangan maya tanpa perlu menutup agenda yang terpapar di skrin anda.

Cara Baru Berkomuniksi Menerusi S Pen
Sejak pengenalannya, S Pen telah menjadi satu ciri tersendiri bagi setiap edisi Note. Dengan Galaxy Note8, S Pen yang telah dipertingkatkan akan memberi pengalaman baharu untuk menulis, melukis dan berinteraksi dengan rakan-rakan. Ia memiliki titik lebih halus, sensitiviti tekanan yang lebih baik,
serta ciri-ciri yang membolehkan pengguna menzahirkan diri mereka di dalam kaedah yang belum pernah ditawarkan oleh telefon pintar lain.

Sekiranya berkomunikasi dengan pesanan teks tidak lagi memadai, Live Message membolehkan anda berkongsi personaliti unik dan menceritakan kisah-kisah dengan lebih bergaya. Dengan Galaxy Note8, anda kini boleh berkongsi teks animasi GIF (AGIF). Ia adalah satu kaedah terbaharu untuk berkomunikasi dan ia bakal menambahkan keceriaan di dalam setiap mesej yang dihantar.

Ciri Always On Display membolehkan pengguna Galaxy sentiasa peka dengan notifikasi tanpa perlu membuka (unlock) telefon mereka. Dengan Galaxy Note8, ia kini lebih berkuasa. Memo Paparan Tutup membolehkan anda menyimpan sehingga 100 halaman nota sebaik sahaja anda mengalihkan S Pen, serta meletakkan nota ke Always On Display dan menyunting/mengedit terus di situ. Untuk memudahkan perjalanan semasa di luar negara atau sekiranya terjumpa laman web berbahasa asing, ciri S Pen Translate yang dikemaskini membolehkan anda menterjemahkan teks dengan pantas bukan sahaja untuk perkataan individu, malahan keseluruhan perenggan sehingga 71 bahasa, dan dengan sekelip mata menukar unit-unit kiraan dan mata wang asing.
Gambar Lebih Baik Dengan Kamera Galaxy Note8 Terbaik Dalam Kelasnya
Bagi kebanyakan pengguna, salah satu daripada perkara paling diutamakan semasa membeli peranti baharu ialah kamera. Samsung menetapkan standard bagi kamera telefon pintar dan dengan Galaxy Note8, kami memberikan kamera telefon pintar paling berkuasa pada zaman ini. Galaxy Note8 dilengkapi dua kamera belakang 12MP dengan Optical Image Stabilization (OIS) pada kedua-dua lensa luas dan lensa telefoto. Sama ada anda meneroka bandar baharu atau bersiar-siar di belakang rumah, OIS membolehkan anda merakam gambar lebih jelas.

Untuk merakam gambar dengan lebih efektif, ciri Live Focus Galaxy Note8 membolehkan anda mengawal kedalaman medan (depth of field) dengan memberi anda peluang untuk menyusun kesan “bokeh” di dalam mod prebiu atau selepas anda merakam gambar.

Dalam mod Dual Capture, kedua-dua kamera belakang merakam dua gambar serentak dan membolehkan anda menyimpan kedua-dua imej; gambar rakam sudut dekat daripada lensa telefoto dan gambar rakam sudut luas yang menunjukkan keseluruhan latar belakang.

Lensa sudut luas mempunyai pengimbas Dual Pixel beserta Auto Focus, supaya anda boleh merakam gambar dengan lebih jelas walaupun berada dalam persekitaran yang malap. Galaxy Note8 juga dilengkapi kamera hadapan 8MP Smart Auto Focus yang menerajui industri untuk swafoto dan
perbualan video yang lebih jelas.

Ciri-ciri dan Perkhidmatan Galaxy
Galaxy Note8 dibina di atas legasi Galaxy—satu himpunan ciri-ciri unik yang secara tidak langsung
telah memberikan definisi baru di dalam industri telefon pintar”
  • Kalis Air dan Habuk : Empat tahun lalu, Samsung telah memperkenalkan peranti Galaxy pertama yang kalis air. Kini, anda boleh membawa Note ke mana sahaja yang anda mahu dengan kelebihan kalis air serta habuk (IP684) yang terdapat pada peranti dan S Pen. Anda masih boleh menulis walapun diatas paparan yang basah.
  • Pengecasan Tanpa Wayar Yang Pantas : Dua tahun lalu, kami memperkenalkan peranti Galaxy pertama yang dilengkapi dengan pengecasan tanpa wayar. Galaxy Note8 menyokong keupayaan mengecas tanpa wayar paling canggih, supaya anda boleh mengecas secara pantas dan mudah tanpa perlu memikirkan tentang port ataupun wayar.
  • Keselamatan : Galaxy Note8 menawarkan pilihan pengesahan biometrik – termasuk imbasan iris dan cap jari. Samsung Knox menyediakan keselamatan gred pertahanan pada lapisan perisian dan dengan Secure Folder, anda kini dapat ia memisahkan data peribadi dan profesional.
  • Prestasi Bertenaga : Dengan 6GB RAM, pemprosesan 10nm, dan memori besar (sehingga 256GB), anda kini dapat melayar, bermain permainan video dan melaksanakan pelbagai tugasan untuk masa yang lebih panjang
  • Pengalaman Bergerak Inovatif : Samsung DeX memberikan pengalaman komputer meja, yang dijana oleh telefon anda. Anda boleh menyimpan fail pada peranti, melakukan tugas semasa bergerak, dan menggunakan Samsung DeX apabila anda memerlukan paparan lebih besar. Galaxy Note8 juga merangkumi Bixby, sebuah applikasi pintar yang dapat membantu anda melaksanakan lebih banyak tugasan.

Melangkaui Pengalaman Telefon
Galaxy Note8 juga telah melangkaui ciri-ciri penting dan pengalaman biasa sebuah telefon, dengan memperkenalkan Gear VR baharu bersama Kawalan (RRP:RM499). Alat ini membolehkan kawalan dan navigasi menerusi sebelah tangan, serta memberikan interaksi pergerakan lebih baik apabila memasuki sesuatu kandungan interaktif VR. Dilengkapi dengan lensa yang dikemas kini, ergonomik serta kompatibiliti yang diperluaskan, “headset” Gear VR baharu dan ditambah baik ini bakal mencabar konsep realiti maya, dan mendefinisi semula had keupayaannya.

Peranti GalaxyNote8 ini juga boleh digabungkan dengan mudah bersama produk GPS sukan terkini, Gear Fit2 Pro kalis air yang dipertingkatkan. Alat ini bakal membantu mengekalkan motivasi pengguna, untuk meneruskan gaya hidup sihat dan mencapai matlamat kesihatan mereka. Alat yang mengira setiap langkah, Gear Fit2 Pro memaparkan penjejak GPS yang dibina untuk merakam larian atau pendakian anda dengan penjejakan aktiviti lebih tepat. Di sebalik keupayaan pemantauan nadi jantung dan renangan, paparan melengkung 1.5 inci Gear Fit2 Pro Super AMOLED dan paparan sentuh resolusi tinggi menjadikan kemas kini waktu sebenar dan pemberitahuan mudah dibaca.

Pengguna kini tidak perlu lagi membawa dompet fizikal, memadai dengan Samsung Pay. Iamenukar Galaxy Note8 menjadi dompet digital yang boleh digunakan di mana sahaja sebagai kad kredit atau debit. Mempunyai lebih daripada 870 rakan kongsi perbankan di seluruh dunia, Samsung Pay telah memproses lebih daripada 240 juta transaksi setakat ini. Samsung Pay juga telah meningkatkan bilangan kad kesetiaan, keahlian dan hadiah, dan ia terus menambah ciri-ciri inovatif baharu seperti Deals, yang memaparkan kupon dan diskaun di kedai-kedai terdekat yang boleh ditebus secara
serta-merta.

Samsung Rewards mempunyai fungsi yang sama seperti program ganjaran berasaskan mata kad kredit. Setiap kali anda membuat pembelian menggunakan Samsung Pay, anda akan meraih mata. Samsung Rewards juga mempunyai tahap-tahap gandaan mata – anda boleh mendapat sehingga empat kali gandaan mata, bergantung kepada kekerapan anda menggunakan perkhidmatan tersebut setiap bulan. Bersempena dengan pelancaran Galaxy Note8 di Malaysia, Samsung Malaysia Electronics memberi ganjaran kepada pengguna Galaxy Note8 dengan 450 mata aluan!

Galaxy Note8 boleh diperolehi di Malaysia bermula 21 September 2017. Ditawarkan pada harga runcit RM3,999 (termasuk GST 6%), Galaxy Note8 boleh didapati dalam tiga pilihan warna – Midnight Black, Orchid Gra danMaple Gold.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Note8 sila lawati laman web, 

Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik.. tengok image gambar kat screen tu pun nampak mcm smooth, clean n clear.

    ReplyDelete