Review NIVEA Protect & Care

Bau badan memang akan membuatkan kita risau dan tak selesa sepanjang hari kan?
Lagi-lagi bila dah lambat nak pergi kerja kelam kabut nak siap sampai terlupa pakai deodoran. Siapa selalu camni? Aten pun sama wehh! Tak senang duduk rasa bila terlupa pakai deodoran. Yela, mana tahu orang tak selesa dengan bau kita kan. Mungkin kita diri sendiri tak bau, tapi orang lain boleh bau. Muka dah cantik tapi berbau, malu lah kan?
Aten ni kalau korang nak tau memang jenis memilih. Lagi-lagi barangan yang Aten nak guna untuk kulit Aten. Bukan boleh sembarangan. Kira dulu masa mula-mula nak beli deodoran, mereput jugak lah kan dekat Watsons nak cari deodoran yang sesuai dengan Aten. Yelaa, kulit bawah lengan kita adalah bahagian yang sensitif. Belum masuk lagi bab mencukur bulu di bahagian bawah lengan. Fuhhh! Memang susah tetapi kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti untuk memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan.
Terbaru ni, NIVEA ada memperkenalkan NIVEA Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA creme, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. Deodoran NIVEA Protect & Care memberikan kulit kita perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam memberikan kita kesegaran sepanjang hari, formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan membuatkan kulit bawah lengan kita menjadi lembut dan licin.

Review NIVEA Protect & Care :
Yessss, memang Aten suka gila! Yang first sekali Aten paling suka ialah wangian deodoran ni. Sangat soft dan tahan sepanjang hari. Jadi, Aten tak perlu risau tentang bau badan Aten. Kalau korang nak tau, memang Aten akan 2 jenis deodoran iaitu jenis yang spray dan roll on. Deodoran spray tu memang Aten akan letak di rumah dan deodoran roll on tu Aten bawak sekali letak dalam beg makeup. Agak2 macam terlebih aktif haritu, Aten pakai la deodoran roll on tu sebab saiznya yang kecil memudahkan Aten untuk bawa bersama-sama dengan Aten. Aten dah pakai seminggu ni, memang Aten sangat berpuas hati. Kulit bawah lengan Aten pun dah semakin lembut dah halus. Suka suka suka! 
Pssstttt.. NIVEA akan menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 Oktober ni tau. Acara larian sejauh 5 kilometer ini akan dibuat di Presint 6 Putrajaya dan akan diadakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaaan kulit bawah lengan dah tak lupa jugak cabutan hadiah untuk peserta yang hadir. Sebahagian daripada yuran penyertaan korang, akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG). Sambil berlari sambil beramal gituew. Jom semua!
Untuk maklumat lanjut mengenai NIVEA :
NIVEA Care Run 

Post a Comment

0 Comments