Review Ice Bucket Malaysia @ IOI City Mall Putrajaya

Review Ice Bucket Malaysia @ IOI City Mall Putrajaya | Semalam Aten berkesempatan untuk ke restoran Ice Bucket Malaysia yang suatu ketika dahulu viral di laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Dah lama nak rasa sebenarnya tapi lokasi yang ada jauh dari tempat Aten. Ipoh dan Shah Alam. Lepas dapat tau Ice Bucket dibuka di IOI City Mall Putrajaya (atas Ice Skating) , terus la Aten terjah kan. Sampai je IOI City Mall Putrajaya, terus carik Ice Bucket dan bila sampai penuh wehh tempat ni. Wahhh tak expect gila restoran Ice Bucket ni penuh. Hahaha. Tapi orang kata kalau satu restoran tu penuh maknanya memang sedap dan berbaloi la kan. Hehehe

Apa yang membuatkan restoran Ice Bucket ni viral di laman sosial dan penuh orang setiap kali dibuka?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DAMN HUGE WEII this Ice Bucket!
Ice Bucket Malaysia pertama kali dilancarkan pada tahun 2015. Mereka mempunyai matlamat untuk memenuhi selera makan orang ramai dengan menyediakan makanan dan minuman yang sangat berpatutan dengan kualiti dan kebersihan terbaik. Setiap Ice Bucket mempunyai keunikan mereka dan pastinya membawa korang pengalaman rasa yang berbeza. Menu ini dicipta khas untuk rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia.
ICE CHOCOLATE BUCKET RM29.90
ICE STRAWBERRY BUCKET RM29.90
OREO BUCKET RM29.90
ICE FRUIT BUCKET RM29.90

Ehhhhh! RM29.90 je? 
Murah gilaaaa dohhh. 
Bayangkan 1 Ice Bucket ni boleh kongsi 4-5 orang kot!

Ice Bucket bukan jual aiskrim gedabak ni je, tetapi mereka juga ada menyediakan menu lain yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Antaranya,
CHICKEN CURRY NOODLES RM11.90
PRAWN NOODLES RM11.90
SPICY SOUR NOODLES RM11.90
 NASI KUKUS AYAM CURRY RM12.90
 HOMEMADE CHICKEN MEATBALL (8PCS) RM15.90
*dalam gambar tak cukup 1 sebab dah makan. Hahaha
 BEEF BURGER RM17.90
LAMB BURGER RM19.90
CHICKEN BURGER RM15.90
(Portion dia besar gila!)
ROASTED CHICKEN PASTA RM17.90
BLACK PEPPER ROASTED CHICKEN PASTA RM17.90

Terbayang-bayang ohh bila tulis entry ni. Untuk yang first timer macam Aten ni, overall Aten memang sangat puas hati. Tempat sangat strategik, persekitaran menarik. Kalau makan kat bahagian luar, boleh tengok orang main ice skating kat bawah tu. Sangat sesuai untuk lepak dengan kawan sambil makan. Ada pelbagai jenis makanan yang sesuai untuk semua yang datang makan. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dengan portion yang disediakan dan yang paling penting sekali, memang sedap. Penantian 15 minit menunggu meja kosong memang sangat berbaloi! Hehehe

Post a Comment

3 Comments