Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Allahu, sedih dan pilu hati Aten bila bangun pagi tadi dikejutkan dengan kebakaran satu pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dijilat api dan kebanyak pelajar di dalamnya tidak boleh melarikan diri kerana dikunci. Banyak video di sosial media yang merakam kejadian pagi tadi tapi Aten tak mampu nak tengok sebab Aten 100% sure Aten akan nanges.
INNALILLAH WA INNA ILAIHI RAJIUN
Aten mengucapkan takziah kepada keluarga Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur di atas tragedi kebakaran pagi tadi. Semoga Allah permudahkan urusan yang terlibat. Tenanglah dikau di Syurga Allah yang maha sempurna.
Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berlaku kerana tidak mempunyai fire exit untuk mereka melepaskan diri. Allahu. Semoga dengan kejadian ini, mereka yang bertanggungjawab lebih menitikberatkan dalam semua aspek.

Antara sebab maahad tahfiz dan sekolah pondok persendirian WAJIB dikawal selia kerajaan.
1. Keselamatan fizikal - ikut specification. Ada escape route. Ada je kat sini sewa rumah teres terus jadi tahfiz.
2. Keselamatan ideologi - biar apa di bawa tu betul. Bukan ikutan ideologi yang takut-takut bawa ke perkara berbahaya.
Tapi bila kita cakap hal ni ada yang sensitif. Paling koman orang akan tuduh kerajaan nak halang Islam berkembang. Tapi nak buat macam mana. Malaysia ramai bangang.

Post a Comment

0 Comments