Intensif Teknik Pernafasan & Postur Bersama Feexa Nicoll

Intensif Teknik Pernafasan & Postur Bersama Feexa Nicoll
Hi semua!
Siapa kat sini hari-hari dia rasa lemau je padahal takde la buat kerja berat sangat pun? Ada tak ada tak? To be honest, Aten pun ! Kadang2 tu rasa macam satu hari tu nak baring je taknak buat apa-apa. Kira macam monday blues gituew. Nak tau tak sebab apa? Sebab cara kita bernafas pun dah salah, cara kita duduk lagi salah sebab membongkok kan? Percaya tak sebenarnya dengan menggunakan teknik cara bernafas yang betul dan postur akan meningkatkan kesihatan emosi dan minda kita! 
Alhamdulillahhh, haritu Aten terpilih untuk mengikuti kelas Intensif Teknik Pernafasan & Postur (ITPP) Bersama Feexa Nicoll. Intensif Teknik Pernafasan dan Postur adalah Program Intensif 8 jam yang mengandungi teori dan interaktif . Ianya merupakan satu-satunya Program Intensif yang sebegini di Malaysia dan diinspirasikan melalui pengalaman beliau menganalisa dan mengajar individu dan aktiviti berkumpulan dalam bidang Yoga dan Wellness selama 17 tahun! 

Kebanyakan kita bernafas sebagaimana adanya dan tidak pernah bernafas dengan pola yang dilatih kerana bernafas dengan cara yang sepatutnya banyak manfaat bagi kesihatan tubuh dan minda. Ini adalah sebahagian daripada modul 'teknik penyembuhan ' semulajadi yang telah diketahui kemujarabannya supaya kita semua tahu cara yang terbaik untuk hidup sihat dengan memastikan keseimbangan minda, tubuh badan dan spiritual selari antara satu dengan lain.

Program ini diadaptasikan khas untuk mereka yang mahukan sesuatu yang senang diikuti dan boleh dipraktikkan sendiri di rumah dan di mana mana sahaja. Malah kita juga boleh mengajarkan teknik-teknik ini kepada keluarga kita juga.  Teknik-teknik ini sangat berkesan kerana rata-rata pelajar yang telah mengikuti cara ini dapat mengawal emosi dengan belajar teknik-teknik pernafasan dan postur dengan cara yang betul. 



Kebaikan Mengaplikasi Teknik Pernafasan & Postur yang betul :
  • Mencegah terjadinya infeksi pada paru paru
  • Meningkatkan daya ketahananan tubuh (sistem imunisasi)
  • Menstimulasi hormon endorin yang menenangkan tubuh, meredakan stress, panik atau gugup. 
  • Melancarkan sistem peredaran darah dan menjaga keseimbangan sistem biologis tubuh secara keseluruhan.
Untuk mencapai keadaan harmoni latihan dan teknik pernafasan dan postur harus dipraktikkan secara rutin untuk menyeimbangkan energi dan melakukan penyembuhan diri secara alami dan tidak hanya bergantung kepada ubat-ubatan berbentuk dadah dan sebagainya.
Siapa Feexa Nicoll ni?
Feexa Nicoll memiliki Diploma Pengurusan Pentadbiran dari Stamford Kolej (Pitman UK) dan juga Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Siswazah Pengajian Pengurusan dari Institut Pengajian Komersial UK . 

Beliau juga merupakan Associate Imej Konsultan bertauliah yang disahkan oleh Emage Style Consultancy dan juga ahli gabungan di AICI ( Persatuan Perunding Imej Antarabangsa) . Beliau juga mempunyai certificate dari IITTI (Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa Kanada)



Feexa Nicoll mempunyai pelbagai bakat dan pengalaman dalam kehidupan beliau termasuk :
  • Berpengalaman bekerja di Jepun, Hong Kong, Hungary dan Malaysia
  • Berpengalaman mengembara keseluruh dunia sebagai pramugari di CathayPacific Airways berpengkalan di Hong Kong
  • Bekerja sebagai Hos TV berpengkalan di Budapest, Hungary (usahasama dengan TV9 Malaysia)
  • Mengasaskan dan mengendalikan Yoga dan Wellbeing Center kepunyaan beliau iaitu Anggun Timoer Sanctuary
  • Mengacarakan dan membintangi siri Yoga beliau sendiri selama 3 musim yang disiarkan oleh Astro Ria, TV2, TV3, dan NTV7 dan juga sebagai Jurulatih Selebriti untuk Akademi Fantasia 4 dan Astro Soccer Star
  • Mengasaskan jenama fesyen 'Hijab N The City' dan 'Image Consulting by Feexa Nicoll' juga mengendalikan korporat training untuk subjek-subjek di bawah kepakaran beliau
  • Telah muncul di TV9, TV3 (Nona), NTV7, TV Alhijrah, Bernama dan juga majalah suratkhabar tempatan seperti Berita Harian Star, Kosmo Her World, Hijabista, Majalah Wanita, MIDI, Humairah dan sebagainya
  • Pencapaian terbesar sebagai penceramah untuk Tedex Malaysia sebuah platform antarabangsa juga sebagai pereka fesyen untuk Guinness Book of Malaysia Record untuk pertunjukan fesyen 'runaway terpanjang' dianjurkan bersama oleh AtiyadotMy dan Avenue K
  • Sebagai Kolumnis untuk Majalah Tell dan Humairah untuk topik fesyen dan kesihatan
Manfaat Menyertai Intensif Teknik Pernafasan & Postur Bersama Feexa Nicoll :
  • Mengenali apakah itu emosi, postur dan sistem pernafasan . Kenapa mereka berhubung kait
  • Bagaimana untuk memaksimakan kesihatan diri anda dengan mempelajari dan mengenali medan energi dan teknik penyembuhan semulajadi yang boleh diamalkan melalui sistem pernafasan (mencegah atau melegakan)
  • Mengenali diri dan mencari jati diri sebagai seorang wanita yang selalunya di kawal oleh emosi tanpa di sedari dan apakah teknik untuk menukar emosi kita kepada tenaga positif serta merta melalui cara yang betul
  • Mengenali pergerakan di dalam solat dan kenapa perlakuan yang telah ditentukan itu sebenarnya mempengaruhi banyak penyembuhan alami sekiranya dilakukan secara betul dan tepat dan konsisten
  • Memahami apakah itu titik fokus, titik ilahi dan apa kaitannya dengan meditasi untuk semua perkara tersebut dengan emosi
  • Memahami konsep ilmu pergerakan tubuh yang boleh membawa penyembuhan semulajadi bagi pengeluaran toksin dan kemasukan oksigen segar ke dalam tubuh yang boleh menolong kita melegakan penyakit mahupun mencegahnya dari berlaku
  • Memahami Filosofi yoga secara terperinci iaitu Filosofi 5K iaitu: Kelembutan, Kebenaran, Keinginan, Kenikmatan dan Kebersihan ) . Anda akan mengkupas topik-topik ini satu persatu dan melihat sendiri kaitannya dengan emosi, toksin dan penyembuhan energi
  • Pergerakan yoga juga akan diajar bagi penstabilan dan penyelarasan (alignment) tubuh badan
Overall, Aten memang sangat enjoy kelas Intensif Teknik Pernafasan & Postur Bersama Feexa Nicoll ni sebab Aten baru tau teknik pernafasan dan postur ni penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan minda Aten. Seriousss, walaupun intesif ni lebih dari 10 jam tapi Aten tak rasa macam lama pun sebab banyak aktiviti yang melibatkan pergerakan dan tak buat Aten mengantuk. Paling best, Aten dapat belajar yoga. Walaupun nampak macam senang, tapi susah giler weii lagi-lagi yoga yang kena kaki ke atas tu. Yoga Shoulder Stand. Tak sangka boleh buat walaupun tak betul sangat. Hehehehe. Lepastu kalau lenguh badan, dapat urut bahu yang disediakan oleh Osta Spa. Memang terbaik! Bayaran Intensif Teknik Pernafasan & Postur Bersama Feexa Nicoll ni bagi Aten afforadable sebab macam-macam korang dapat. Just hanya bawa diri dan yoga mat je. Aten sangat recommend korang untuk datang ke Intensif Teknik Pernafasan & Postur Bersama Feexa Nicoll ni. Pelbagai ilmu boleh dapat dari Cikgu Feexa tapi dari peserta lain jugak. The more the merrier kan? Selain buat aktiviti tu, kita pun boleh dapat kawan baru yang nak sihat sama-sama dengan kita. Bertambah-tambah networking kita. Ni bila kat rumah pun, Aten duduk kat yoga mat 10 minit buat balik pergerakan yoga yang Cikgu Feexa ajar. Bila mula-mula belajar memang badan kita akan sakit, tapi bila dah biasa buat, benda tu jadi senang. Suka sangat!

Bayaran Intensif Teknik Pernafasan & Postur Bersama Feexa Nicoll :
RM899 (Promosi RM386 - akan tamat pada bila-bila masa!)
Untuk peserta terawal, korang juga akan berpeluang membawa pulang goodies bag bernilai RM350 setiap seorang!

Alamat :
No 13A, Tingkat 1, Blok B, Plaza Jelutong, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam Selangor
No. H/P : 019 6586883, 010 3623269

Post a Comment

9 Comments

  1. wahh bestnya ada kelas macamni. :D

    ReplyDelete
  2. Ternyata pernafasan itu ada teknik yang benarnya ya, bahkan bisa buat pencegahan infeksi. info nya bagus nih

    ReplyDelete
  3. Posse Aten tu berani mati hati-hati nanti isi kat dalam tu turut sekali bersenam ehhh dah ada ker In Sha Allah heheheheh jangan lama2..

    ReplyDelete
  4. wah bestnya, sha selalu jugak malas sampai rasa tanak buat apa apa. best jugak kalau boleh join

    ReplyDelete
  5. Menarik...sesuai untuk wanita berkerjaya especially para secretary or PA's kan?

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus ni, tak tahu pun pernafasan kena ada cara jugak.

    ReplyDelete
  7. Macam menarik je kelasnya.. lelaki pun boleh kan?

    ReplyDelete
  8. Wow..nice sharing
    I'm having bad back ache...
    I think due to bad posture i guess

    ReplyDelete