Filem Pertama Tonton dan JinnyboyTV - By My Side

Haritu Aten ada pergi ke Malam Gaya tayangan perdana By My Side yang dibintangi oleh Marianne Tan dan Brandon Ho yang berlangsung di TGV One Utama. Tonton - perkhidmatan penstriman video pertama dan terbesar di Malaysia dengan kerjasama JinnyboyTV mempersembahkan filen kisah cinta remaja By My Side.
Antara yang hadir memeriahkan majlis ini ialah barisan pelakon filem By My Side, Brandon Ho, Marianne Tan, Arwind Kumar, Josephine Yap, Adam Shamil, Nadia Nash, Maggy Wang dan  Joanne Kam Poh Poh. Tidak dilupakan juga orang kuat filem ni iatu Rueben Kang (Pengarah) dan Penerbit Eksekutif Jin Lim
Sinopsis By My Side :
By My Side mengisahkan percintaan di antara Faye (Marianne Tan) dan Ben (Brandon Ho) yang baru menamatkan zaman persekolahan. Faye teruja untuk memulakan pembelajaran di kolej manakala Ben mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke luar negara. Faye kini berdepan dengan situasi sukar dan berusaha untuk mencari jalan terbaik bagi menyelamatkan hubungan dengan Ben atau terpaksa melalui cinta jarak jauh.

Trailer By My Side :
Kepada mereka yang tak sempat nak menonton filem By My Side di pawagam, korang jangan risau, Korang boleh  tengok di portal Tonton je. Dengan adanya filem ni di Tonton, peminat dari Singapura dan Brunei juga berpeluang untuk menonton filem ni!

1 comment... add one now

Cindyrina Rina Cindyrina Rina 29 September, 2017
Jinny boy soaring high after Hitz.fm. Now he produce movie too. I wanna watch this.