ASEAN Media Bloggers Tourism Hunt 2017 #AMBTH2017

Hi semua!
Entri kali ni Aten nak cerita pasal satu trip Aten bersama-sama dengan rakan media dan bloggers yang lain yang mewakili Malaysia dan juga media bloggers ASEAN country yang lain untuk menjelajah negeri sebelah Selangor iaitu Ipoh, Perak. Thanks to Air Asia Bloggers Community (AABC) sudi invite Aten ke trip 6 hari 5 malam ke Ipoh, Perak. Walaupun dekat je Ipoh ni, tapi Aten tak pernah lagi melawat Ipoh. Biasa straight je terus balik kampung ke Penang dan Perlis. Hahaha. Bila dapat peluang macam ni, memang terussss Aten accept! Hehehe

AMBTH 2017 yang di­adakan buat kali kedua membawa peserta menjelajah destinasi menarik menerusi konsep melancong sambil memandu atau Malaysia on Wheels. Program yang dilaksanakan Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara), Tourism Malaysia ini merangkumi perlumbaan, pencarian harta karun dan aplikasi media sosial adalah medium utama yang digabungkan AMBTH2017 bagi memperkenalkan serta mempromosikan keunikan budaya, warisan, makanan dan banyak lagi yang bersesuaian dengan pasaran ASEAN.

Day 1 - 10 July 2017
Hari pertama, Aten dan rakan media lain ke MaTic untuk sesi Meet & Greet bersama-sama dengan Ground Handler dan berkenalan dengan rakan bloggers dan media dari berlainan negara. Pada petang itu juga, peserta dari negara lain membuat sesi 'test drive' untuk membiasakan diri dengan kereta Malaysia kerana sepanjang 6 hari ni, masing-masing akan menjelajah ke Ipoh dengan menaiki kereta Proton yang disediakan. 
Selepas tamat aktiviti test drive, kitorang semua dibawa ke Pullman Hotel Kuala Lumpur untuk bermalam di sini sementara menunggu acara rasmi AMBTH2017 pada keesokkan harinya. Bilik hotel di Pullman Kuala Lumpur dan makanan yang disediakan was really good! Iloikeeee :D

Day 2 - 11 July 2017
Hari kedua AMBTH2017 dimulakan dengan check out dari Hotel Pullman Kuala Lumpur dan berkumpul semula ke MaTic untuk sesi press conference dan merasmikan AMBTH2017. 
Selepas itu, kitorang pergi ke kereta yang telah dipilih oleh mereka sepanjang 6 hari ni. Me and my blogger partner, Evelyn dapat kereta Proton Preve warna hitam. Yeayyy! Siap dalam kereta tu ada junk food tau kalau boring-boring drive tu kan. Hehehe. 
Lokasi pertama untuk hunt kitorang ialah Dataran Merdeka! Bukan pergi saje2 je tau. Ada game yang kitorang perlu solve di setiap lokasi yang kitorang pergi. Phewww. Soalan yang diberikan sangat simple dan memerlukan setiap kumpulan mewakili negara masing-masing memberi jawapan kepada LO yang bertugas dan memuat naik di media sosial masing-masing.
Seterusnya kitorang ke Batu Caves untuk program photo hunt di sini. Ni merupakan first time Aten datang ke sini dan kunjungan ke Batu Caves membuatkan Aten sangat excited. 
Terkenal de­ngan tangganya yang tinggi, di sini tersimpan gua yang tidak ramai yang tahu iaitu Gua Ramayana.
Bayaran RM5 je dikenakan untuk masuk ke gua itu, tetapi sangat berbaloi kerana didalamnya ada bentuk batuan yang terbentuk dek tiupan angin ratusan atau ribuan tahun lalu terlalu sukar digambarkan keindahannya. Terlihat keunikan bentuk muka bumi gua yang menunjukkan laluan angin di dalam gua yang mendamaikan dan sejuk!

Sebelum meneruskan perjalanan kitorang ke Ipoh Perak, kitorang semua berhenti untuk makan tengahari di Restoran Sate Kajang Hj Samuri di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Sate Kajang Hj Samuri is the best! Makan 20 cucuk sekali pun boleh tau. Hehehe.
Destinasi pertama yang kitorang buat bila sampai Ipoh Perak ialah makan! Hehehe. Dinner kitorang di Pakeeza Restaurant & Catering dimana makanan yang disediakan bertemakan Indian Cuisine. Selepas 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh then dapat makan, fuhhh! Best feeling ever weh. Hahaha. 
Selepas makan malam, kitorang bertolak ke Weil Hotel untuk check in disini. Wehhhh, sebelah hotel ni ada shopping mall! Nasib baik penat, kalau tak, memang singgah jap tengok ada apa kat sana. Hehehe. Group lain sempat lagi supper kat luar. Well, Aten mementingkan tidur hahaha baru lah takde eyebag ye dak? :P

Day 3 - 12 July 2017
Finallyyy, letsssss discover Kuala Kangsar! Paling tak sabar nak pergi sini sebab dah lama takde feeling nak merasa berada di kampung. Hukhuk
Kedatangan kitorang disambut meriah oleh penduduk di sekitar Homestay Labu Kubong. Bayangkan Homestay Labu Kubong Kuala Kangsar ni dikelilingi bukit bukau nan indah, sawah padi yang pastinya menjadikan destinasi percutian desa yang mendamaikan dan tenang. Beroperasi sejak 2014, homestay ini menawarkan 30 rumah dan tiga kampung stay dengan kepelbagaian aktiviti desa yang menggamit zaman silam. Sukan rakyat, aktiviti bukit (jungle trekking), aktiviti sawah, menoreh, kutip siput dalam sungai dan banyak lagi aktiviti ditawarkan di sini. Tinggal bersama keluarga angkat juga memberi peluang kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti harian mereka. Meluangkan separuh hari di kampung ini, peserta AMBTH 2017 disajikan pelbagai juadah kampung yang enak selain bersiar-siar melihat keindahan kampung yang permai dan melakukan aktiviti kampung yang mencuit hati.
Persembahan yang membuatkan kitorang terpukau. Ternyata umur bukan penghalang untuk lakukan apa yang kita minat. 
Cantik kan? Suka gila gambar ni!
Pengalaman merasai madu kelulut dari sarangnya. Fresh from oven gituew!
Kitorang juga belajar menoreh getah. Buat 1 pokok senang lah. Cuba bayangkan nak kena toreh pokok getah 1 ekar. Fuhhh! Memang tabik spring kat sape2 yang buat ni!
Handicraft demos
Tarik Upih di bendang. First time main kat dalam bendang. Dah macam kerbau dah masing-masing. Main game ni waktu tengahari pulak. Memang sunburn! Hahahah tapi memang one of the kenangan yang tak boleh lupa la :)
Makanan yang disediakan di Homestay Labu Kubong ni sedap. (sambal udang petai, gulai labu, cendawan kikir dan ikan pekasam) Memang lain dari yang lain. Takkan dapat kat KL punya!


Kuala Kangsar juga terkenal dengan labu sayong mereka. Jadi, kitorang meneruskan perjalanan kitorang ke Kraf Sazilah Labu Sayong. 
Aten memang dah lama teringin nak tengok macam mana labu sayong dibuat. Nak tengok live tau. Bukan dalam TV. Disebabkan AMBTH2017, Aten dapat menonton sendiri bagaimana terhasilnya labu sayong dan paling tak sangka, kitorang dapat cuba untuk menghasilkan labu sayong kitorang sendiri! Wehhh teruja gilaaaa. Bila dah cuba tu baru tau betapa susahnya nak bentukkan labu sayong ni. Hahahaha. Bukan tu je, sebahagian dari peserta diberi peluang untuk mewarnakan labu sayong mereka mengikut kreativiti mereka. 

Selepas hampir 3 jam disini, kitorang semua pulang ke Weil Hotel untuk makan malam, berehat dan menyiapkan diri untuk keesokan harinya.

Day 4 - 13 July 2017
Permulaan hari keempat kitorang dimulakan dengan melawati tempat yang baru je bukak di Ipoh Perak iaitu Movie Animation Park Studio. Yeayyyy! Kitorang antara orang yang terawal melawat ke sini. Tapi time ni tak semua lagi dibuka. 
Colourful tempat ni. Suka suka suka! Memang sesuai sangat bawak anak-anak datang sini :)
Aksi berani perlumbaan kereta dan motosikal yang penuh dramatik di Stunt Legend.
  Pengembaraan empat dimensi (4D) bersama animasi popular Boboiboy di Pulau Terapung sememangnya cukup menyeronokkan
Antara tarikan menarik lain yang disediakan di MAPS termasuklah Space X-Plores, The Smurfs Theatre, The Advanture Bumper Blast dan banyak lagi.
Selepas aktiviti di MAPS, Ipoh Perak, kitorang semua balik ke Kuala Lumpur untuk aktiviti yang lain pulak. Sampai je Putrajaya, terus kitorang makan malam di Putrajaya Seafood. Makan di tepi tasik sambil tengok keindahan malam, angin sepoi sepoi bahasa. Memang terbaik! Sangat recommended kalau sesiapa nak dating kat sini okayy :p
Selepas pulang dari makan malam, kitorang check in di Le Meridien Putrajaya. Sebelah je dengan IOI City Mall Putrajaya. Memang strategik betul tempat ni. Hahaha Aten dah planning esoknya nak g IOI jalan-jalan. Hahahaha. The view sangat amazing bila waktu pagi :')

Day 5 - 14 July 2017
Memasuki hari kelima, kitorang dibawa ke pusat pentadbiran negara, Putrajaya. Masjid Putra dan Pejabat Perdana Menteri adalah lokasi yang dituju dan diberi peluang melihat sendiri antara tarikan pelancongan yang menarik di Putrajaya.
Selepas itu, kitorang ke HQ Air Asia iaitu RedQ. Dah lama teringin nak masuk tapi takde sebab yang munasabah nak masuk sini. 
Akhirnya dengan trip AMBTH2017, kitorang dapat tengok dengan mata kepala sendiri betapa cantiknya RedQ ni. Rata-rata semua terpukau dengan layout RedQ. Ehhh, siap boleh berbasikal tau kat sini. Sukanya! Smart office gituew. Macam-macam ada. Bila dah explore RedQ ni membuatkan Aten teringin pulak nak bekerja disini. Mana tau ada rezeki kat sini pulak. Hehehe
Kitorang juga diperkenalkan dengan menu dalam penerbangan terbaru AirAsia iaitu Santan Chicken Lasagne. Jom baca review Aten mengenai Santan Chicken Lasagne ni di [SINI] . 
Pada malam ke-5 diadakan Prize Giving Dinner dengan semua peserta AMBTH2017. 
Malam itu, semua foto yang dipindah naik di Instagram dan Facebook dengan hashtag #ambth2017 #TourismHuntMy #LiveLifeUnexpected #SeeMalaysiaWithProton, @tourismhunt.my dipilih untuk memenangi Foto Terbaik-Orang, Foto Terbaik-Makanan, Foto Terbaik-Pemandangan dan Foto Paling Kreatif diumumkan.

Day 6 - 15 July 2017
Hari terakhir AMBTH2017, selepas sahaja sarapan dan check out, masing-masing ke airport untuk pulang ke negara masing-masing. 

Clap clap dekat abang polis, abang marshall yang membuatkan perjalanan kitorang menjadi lancar dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan balik ke Kuala Lumpur. You guys the best! Hehehe
Banyak kenangan, pengalaman baru yang kitorang dapat. Sedih rasanya bila tamat program ni. Bayangkan sudah 5 hari bersama-sama, buat aktiviti sama-sama, ikatan silaturrahim makin rapat. Lepastu kena berpisah balik. Wuwuwuwuw. Serious sebak. Rasa macam dah rapat sangat dengan dorang walaupun mereka datang dari pelbagai negara tapi sangat menyokong antara satu sama lain. Macam adik beradik. Diharapkan program macam ni akan diadakan lagi tahun depan dengan lebih banyak cabaran dan teratur. Program sebegini sangat sesuai untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia. Keep it up! Terima kasih Air Asia dan Tourism Malaysia kerana menjemput Aten untuk program bermakna camni. I really appreciate! Nanti kalau ada lagi jangan lupa jemput! Hehehe

Post a Comment

1 Comments