8 Sebab Kenapa Korang Kena Kahwin di The Venue Shah Alam

Hi semua!
Minggu lepas Aten dan rakan blogger lain berada di Grand Open Day The Venue Shah Alam. Kira The Venue Shah Alam ni buat open day untuk bagitau kat semua terutama bakal pengantin tentang apa yang The Venue Shah Alam boleh offer untuk majlis bahagia korang nanti.
Cantik kan? Nampak mewah gila tapi sebenarnya affordable!
Percaya tak, seawal 11 pagi dah ada family yang datang ke sini untuk tahu lebih lanjut pasal The Venue Shah Alam ni. Pada hari tersebut, telah diadakan mock wedding dimana sesiapa yang datang dapat merasai serba sedikit apa yang akan berlaku pada hari wedding mereka nanti. Selain itu, ada juga aktiviti menarik yang disediakan di The Venue Shah Alam. 

Mengenai The Venue Shah Alam : 
The Venue Shah Alam beroperasi pada awal tahun ni. The Venue Shah Alam berlokasi di Seksyen 15 Shah Alam. The Venue Shah Alam merupakan bangunan 3 tingkat yang luas untuk meraikan majlis bahagia korang. The Venue Shah Alam menyediakan pakej perkahwinan termasuk makanan dan dewan pada harga serendah RM18,800 je!
Kad kahwin terbaik dan cantik dari @aurastudio.my !
Selain daripada mock wedding, terdapat jugak fashion show untuk menunjukkan koleksi baju pengantin yang ada di The Venue Shah Alam. Ohh! Aten paling suka baju putih tu *.*

8 Sebab Kenapa Korang Kena Pilih The Venue Shah Alam :
  • Dewan berhawa dingin
  • Hiasan dalaman dewan yang mewah dan cantik
  • Berkonsepkan Grand Ballroom Hotel
  • Dilengkapi dengan kemudahan lain seperti surau, bilik VIP dan kawasan lobi yang selesa
  • Ruang parkir yang luas
  • Lokasi strategik dan mudah untuk dicari
  • Menawarkan pakej lengkap perkahwinan di dewan eksklusif di Shah Alam dan pakej termasuk Katering, Pelamin Eksklusif, Busana Baru, Make Up, Photographer, Videographer, Bilik Hotel, Sound System, Photobooth, Kompang Live dan lain-lain mengikut pakej yang dipilih.
  • Boleh juga dijadikan event space : Corporate dinner, Launching event, Aqiqah, Open House dan etc
Mereka juga mempunyai pilihan food katering yang banyak! Kira korang boleh pilih makanan yang bersesuaian dengan tema korang. Aten kan dah pernah pergi few times. Aten sangat recommend korang untuk pilih ayam masak dan dendeng daging. Perghhh terbaik gila! Aduhhh tetiba rasa lapar pulak. Kuikui. Overall, food dia memang Aten puas hati gila :D

Sooooooo, kalau ada yang berkenan nak kahwin disini, kat bawah ni Aten ada bagi details. Korang just whatsapp nombor tu untuk buat appointment je k? Selamat menempah hari bahagia! Kalau nak jemput Aten, Aten lagi suka! Hehehehe
The Venue Shah Alam
Address : 
No 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15,
Shah Alam, Malaysia
Waze : The Venue Shah Alam
Contact no : 019-858 5825

Post a Comment

0 Comments