Satu Gelas Susu Setiap Pagi untuk Permulaan Hari yang Kuat & Bertenaga

Sarapan merupakan hidangan paling penting dalam hari kita kerana ia merupakan makanan pertama yang kita makan selepas tempoh 8 hingga 12 jam daripada hidangan terakhir yang dimakan. Bekalan nutrien yang semakin kurang selepas 12 jam bermakna otak kita kekurangan tenaga apabila bangun pagi. Metabolisme kita juga memerlukan makanan untuk mula bertindak.

Oleh itu, sarapan yang kita ambil perlu menyediakan nutrien penting yang cukup untuk membantu kita memenuhi pengambilan nutrien harian seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. Sarapan juga perlu membekalkan nutrien makro dan mikro yang seimbang.
Susu Dutch Lady PureFarm mengandungi nutrien penting berikut untuk membantu keluarga Malaysia memulakan hari mereka dengan lebih bertenaga : 
  • Protein membantu membina dan membaiki tisu supaya otot kita sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik.
  • Vitamin A membolehkan mata berfungsi dengan sempurna dan membantu kita memberi tumpuan dan perhatian, di sekolah dan juga di tempat kerja.
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein.
  • Vitamin D membantu menyerap dan penggunaan kalsium dan fosforus
  • Kalsium adalah penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak serta membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif.
Amalkan hidangan sarapan kegemaran korang dengan menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm. Dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm akan membuatkan kita bersedia untuk memulakan hari dengan lebih cergas - segelas setiap hari pada waktu pagi untuk permulaan yang lebih kuat dan bertenaga.

Untuk mengetahui maklumat lanjut bagaimana segelas susu Dutch Lady PureFarm boleh membantu korang memenuhi keperluan pengambilan nutrien, layari laman Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my

Post a Comment

1 Comments