Review | Restoran Bunga Emas, Royale Chulan Kuala Lumpur

Royale Chulan Kuala Lumpur memperkenalkan Restoran Bunga Emas iaitu sebuah restoran mewah yang pertama di pusat bandar dalam persekitaran hotel 5 bintang. Di Bunga Emas Royale Chulan, setiap hidangan yang dihidangkan bukan sekadar untuk menjamu selera malah ia merupakan satu simbolik budaya tradisional Melayu asli. 
Mempunyai keluasan sekitar 9,000 kaki persegi, susun atur Bunga Emas dibataskan dengan panel dinding yang membenarkan pencahayaan semula jadi menembus ke dalam. Manakala di bahagian dalam, dekorasi banyak menggunakan rona natural sebagai tarikan utama. Suasana redup dan nyaman inilah antara alasan mengapa ia menjadi pilihan ramai.

Untuk pengalaman intim, restoran ini menawarkan penggunaan bilik-bilik peribadi yang direka khas untuk membolehkan anda berkomunikasi dengan rakan mahupun teman perniagaan. Bagi memupuk gaya hidup tradisi menikmati makanan Melayu, selain bilik peribadi yang disediakan, terdapat dua bilik bersila yang membolehkan anda untuk menikmati hidangan. Ruangan ini di tata hias dengan meja separa rendah, manakala alas duduk bersilanya di atas kusyen kerusi mewah. 
Bunga Emas menyediakan menu terbaik kepada pelanggan seperti Gulai Itik Serati, Ayam Masak Lemak Nangka, Siakap Tiga Rasa, Rendang Daging, Jeruk Amra, Sup Ayam Berempah, Udang Masala, Pucuk Paku dan Pulut Hitam – sesuai bagi mereka yang berkeluarga mahupun untuk menikmati hidangan bersama rakan taulan. Setiap hidangan yang disediakan dengan telus mengikuti resepi turun-temurun dari generasi dulu hingga kini bagi mengekalkan keunikan rasa hidangan tersebut. 

Beroperasi pada pukul 12.00pm – 2.30pm (makan tengahari) dan 6.30pm – 10.30pm (malan malam), Restoran Bunga Emas terletak secara eksklusif di Level 1 Dining bersama restoran mewah seperti Tai Ping Chinise Cuisine, L’Heritage Steakhouse dan Royale Café. 

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi Restoran Bunga Emas di talian +603 2688 9612 

Post a Comment

0 Comments