Pakej Kahwin Murah 2018

Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun kedua Aten menyaksikan perkahwinan eksklusif secara beramai-ramai yang diadakan di Marina Putrajaya. Seperti biasa Mega Wedding Malaysia menyediakan acara perkahwinan eksklusif ni dengan style yang sangat santai tetapi mengukir memori yang indah untuk semua termasuk Aten yang juga memenangi hadiah hamper untuk gambar kreatif di Instagram. Yeayyy!
Mega Wedding Malaysia kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi ‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah kerana para pengantin dapat menjimat kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya. 
Konsep persandingan pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM7,000.00 untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang nilainya pasti akan mencecah angka yang lebih tinggi jika dilangsungkan secara persendirian. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia ialah membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan. 
Tujuan Mega Wedding Malaysia ialah untuk membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan mewah ala persandingan artis-artis kepujaan mereka di Malaysia. Inisiatif ini sebenarnya adalah usahasama pelbagai usahawan bumiputra dari pelbagai industri. Projek ini boleh dikatakan non-profit dan merupakan awareness dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin yang kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Impian Wedding & Events dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.

Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM7,000.00.
  1. 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
  2. Menu Katering istimewa
  3. Live show daripada band terpilih
  4. Deejay Jemputan dan PA System
  5. “Door Gift” untuk setiap tetamu
  6. Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
  7. Liputan khas daripada media
  8. Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
  9. Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
  10. Pelamin Eksklusif istimewa
  11. Pelamin Nikah di dalam Cruise
  12. Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
  13. Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
  14. Kek Kahwin untuk semua pasangan
  15. Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)
Senarai Penaja : 
  1. Ampire Events
  2. Eddie Photo Video
  3. Yann Rifft Team (Makeup)
  4. Coffee Corner Faizal Azzuuri
  5. Fynaz Wedding Favors
  6. Butik Norjuma
  7. Masjid Putra, Putrajaya
  8. Shangri-La Putrajaya
  9. Marina Putrajaya
  10. Cruise Tasik Putrajaya

Post a Comment

2 Comments

  1. Ada banyak lagi ke gambar-gambar? Sebab dari posting ni, dah nampak sangat menarik, and yes RM7K tu boleh dikatakan sangat murah untuk dapat semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak gambar. Boleh tengok di official facebook dorang :)

      Delete