Matcha CaramelCrisp Garrett Popcorn Kini Kembali !

Hijau kembali lagi dengan kepulangan Resipi Tempoh Terhad Matcha CaramelCrisp™ ke semua Kedai Garrett Popcorn di Malaysia Julai ini.

Sejak 1949, Garrett Popcorn dibuat dengan tangan setiap hari dalam kelompok kecil, dalam periuk tembaga dengan menggunakan bahan yang berkualiti dan tanpa pengawet. Matcha CaramelCrisp tidak terkecuali. Dirumuskan khas oleh pasukan Garrett untuk menambat selera peminat Garrett di Asia, serbuk matcha asli yang dipilih membawa rasa the hijau yang nyata serasi dengan bertih jagung Garrett CaramelCrisp dari segi aroma, kualiti, rasa, tekstur dan warnanya. Serbuk matcha berkualiti premium tersebut diadunkan ke dalam setiap kelompok bertih jagung CaramelCrisp buatan tangan setiap hari, untuk meningkatkan keenakan rasa Garrett CaramelCrisp.
Setiap butir bertih jagung Matcha CaramelCrisp memberikan sensasi rasa yang tiada tandingan, menjadikannya sesuai untuk dinikmati dan dikongsi dengan keluarga dan kawan-kawan di rumah, di taman atau majlis perjumpaan sosial. Ia adalah cara yang menyeronokkan untuk semua orang bersama-sama menikmati Garrett Popcorn.
Matcha CaramelCrisp boleh didapati untuk tempoh terhad mulai 14hb Julai sehingga 13hb Ogos, 2017. Dapatkan setin bertih jagung perisa tersendiri ini di Garrett Popcorn Shops di Pavilion, Mid Valley, KLCC, 1Utama atau klia2! Harga untuk resipi tempoh terhad ini bermula daripada RM18 untuk Beg Kecil sementara stok masih ada.
Nikmati kesegaran udara luar dan nikmati Garrett Bersama dengan rakan-rakan dan ahli keluarga, dengan tikar perkelahan yang boleh dilipat dan senang dibawa bersama-sama dari Garrett. Ambil kesempatan tawaran khas ‘Pembelian dengan Pembelian’ Garrett dimana para pelanggan diberi peluang untuk membeli tikar perkelahan Garrett pada harga istimewa RM19 dengan setiap pembelian bernilai RM39 nett keatas. Mereka juga boleh mendapatkan tikar perkelahan Garrett secara percuma dengan pembelian bernilai RM159 nett keatas. Kedua-dua tawaran tersebut sah di semua Kedai Garrett Popcorn di Malaysia sementara stok masih ada.

Untuk tau pasal Garrett Popcorn, korang boleh tgk di http://www.garrettpopcorn.com/
Jangan lupa like Fb page dorang sekali tau https://www.facebook.com/GarrettPopcornMY/ . 

0 comment... add one now