Fonterra Satukan Rasa Malaysia-New Zealand Sempena 60 Tahun Persahabatan

Sempena 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia-New Zealand merdeka ini, Fonterra Brands Malaysia menunjukkan dua hidangan fusion yang unik - Roti Jala dengan New Zealand Lamb Tandoori dan Pie Rendang Kiwi Daging Rusa dengan Kentang dan Cendawan - untuk mempamerkan rasa ikonik kedua-dua negara.

Kedua-dua hidangan fusion ini dicipta oleh chef dari Fonterra Bahagian Khidmat Makanan Anchor Food Professionals. Hidangan ini mewakili keharmonian dan hubungan persahabatan yang lama antara Malaysia dan New Zealand serta komitmen Fonterra dalam memberikan produk pemakanan tenusu untuk rakyat Malaysia menerusi jenama terkemuka seperti Anlene, Fernleaf, Anmum (Materna, Essential and Lacta) dan Anchor.
Tuan Yang Terutama Dr John Subritzky, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, menekankan betapa pentingnya pencapaian ini selama 60 tahun dan peranan Fonterra sebagai pembekal pemakanan tenusu terkemuka di Malaysia.

"Malaysia adalah rakan kongsi utama bagi New Zealand - kami telah lama menikmati hubungan perdagangan yang kukuh, dan Fonterra, pengeksport tenusu terbesar di dunia dan pelabur terbesar di New Zealand di Malaysia, memainkan peranan penting dalam hubungan ini.

"Sejak penubuhannya di Malaysia lebih daripada 40 tahun yang lalu, Fonterra telah memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dengan berkongsi kebaikan produk tenusu New Zealand  di Malaysia," kata Dr Subritzky.
Encik Jose Miguel Porraz Lando, Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura, menekankan pentingnya inovasi dalam memenuhi keperluan pengguna hari ini yang sentiasa berubah.

"Tenusu telah terbukti menjadi sumber pemakanan yang hebat, dan kami bangga menyediakan rakyat Malaysia dengan pemakanan tenusu berkualiti tinggi dari New Zealand.

"Dengan mempamerkan kepelbagaian tenusu melalui resipi dan demonstrasi, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada pengguna di Malaysia untuk menggabungkan lebih tenusu dalam masakan seharian dan kehidupan mereka, dan menikmati faedah pemakanan susu," kata Encik Porraz Lando.
Kedua-dua hidangan itu dibuat dengan bahan-bahan dari New Zealand dan Malaysia, serta produk Anchor dan Anlene.
 Roti Jala dengan New Zealand Lamb Tandoori merupakan inovasi baru roti jala dengan mengisi kambing tandoori dari New Zealand yang telah diperap dengan Anlene yogurt plain to retain its juiceness.
Diilhamkan oleh pai daging ikonik New Zealand, Pie Rendang Kiwi Daging Rusa dengan Kentang dan Cendawan dibuat dengan pengisian Rendang Daging Rusa, serta Anchor Extra Yield Cream, Anchor Unsalted Butter, Anchor Colby dan Cheddar cheeses dan Anchor Mozzarella Shredded Cheese yang banyak.

P/S : Siapa yang nak resepi 2 makanan ni boleh PM Aten ye :)

Post a Comment

0 Comments