Costa Coffee, Jenama Kopi Kedua Terbesar di Dunia Kini di Shell Malaysia !

Costa Coffee Kini di Shell Malaysia ! | Jenama  kopi  kedua  terbesar  di  dunia,  Costa  Coffee  yang sentiasa  mendapat  tempat  di  hati  penggemar  kopi  Eropah,  hari  ini  mengumumkan  pelancaran kopilayan dirinya di Malaysia berikutan percubaan yang berjaya dijalankan dengan Shell sebelum ini. Pelancaran  ini  akan  menyaksikan  pembukaan200Costa  Coffee layan  diri  yang  akan  beroperasi di cawangan-cawangan  Shell  Select  dalam  12  bulan  akan  datang  dengan  pembukaan  lebih  lagi lokasi sejurus selepas itu.
Konsep  kopi  layan  diri  terkini  Costa  Coffee  ini  diperkenalkan  oleh  syarikat  reka  bentuk  Itali, Pininfarina  yang  masyhur  dengan  kereta  model  Ferrari  klasiknya.  Setiap Costa  Coffee layan diri ini menawarkan  adunan  istimewa  Costa  Coffee,  Mocha  Italia  segar.  Dengan  lebih  dari  200 kombinasi kopi,  peluang  untuk  pelanggan  mendapatkan  minuman  kegemaran  mereka;  dari menambah  susu segar  sehinggalah  memilih  sirap  berperisa..  Buat  pertama  kalinya,  penggemar kopi  di  Malaysia  juga akan turut berpeluang untuk menikmati minuman sejuk secara eksklusif dari Costa Coffee layan diri.

Costa Coffee kini terkenal seiring peneraju-peneraju kopi terhebat dunia yang berpengalaman sejak ia ditubuhkan pada tahun 1971. Costa Coffee bersemangat dalam memperkenalkan kehebatan kopinya secara  besar-besaran  kepada  pasaran  global  dengan  pelancaran Costa  Coffee layan  diri  di Malaysia yang memperkuatkan  komitmennya  sebagai  jenama  yang memberi  keterujaan serta keinginan pelanggan-pelanggannya untuk menikmati secawan kopi yang lazat.
Scott Martin, Pengarah Urusan di Costa Express (beroperasi/bertindak sebagai rantaian Costa Coffee di Malaysia) berkata: "Kami amat gembira untuk melanjutkan operasi global kami melalui pelancaran terbaharu ini di Malaysia yang sememangnya  kini dinamik dan berkembang dengan budaya kopinya. Dengan  kepesatan  Shell  di  Malaysia,  perkongsian  ini  memberikan  kami  platform  ideal  untuk memperluaskan  jenama  kami dalam pelbagai  pasaran.  Melalui kerjasamakami  dengan  Shell  dan sebagai  matlamat  serta-merta  global  kami,  kami  akan  cuba  mengubah  tanggapan para pelanggan tentang kualiti kopi secara aktif yang boleh didapati di cawangan Shell Select, sama seperti apa yang telah kami berjaya lakukan di UK. Ini akan menaikkan imej Shell serta memberikan keinginan kepada pelanggan untuk kerap berkunjung ke cawangan Shell pilihan mereka."
Shairan  Huzani  Husain,  Pengarah  Urusan  Shell  Malaysia  Trading  Sdn  Bhd  dan  Shell  Timur  Sdn  Bhd berkata:  "Shell  mengutamakan  kepuasan para pelanggan  kami,  dan  kami  bermatlamat  untuk memastikan  perjalanan  hidup  mereka  lebih  mudah  tanpa  perlu  bimbang  ketika  berada  di  atas  jalan raya.  Kami  sentiasa  menaiktaraf  cawangan  kami  termasuk  ‘food oasis’  supaya  para pelanggan mendapat  pengalaman membeli-belahyang  lebih  baik pada  bila-bila  masa.  ‘Food Oasis’  kami menawarkan kepelbagaian pastri yang segar dibakar setiap hari melalui deli2go, di samping makanan dan minuman dari rakan perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lain.”

"Gabungan  mantap  Shell  dan  Costa  ini  seiring  dengan  misi  Shell  untuk  meningkatkan  pengalaman pelanggan  kami. Kini pelanggan  dan  penggemar  kopi  boleh  menikmati  kopi  berkualiti  pada  bila-bila masa sahaja;  dan kami  harap  rakyat  Malaysia  akan  mengunjungi  Shell  Select  untuk  merasai kemudahan yang kami sediakan sambil menikmati Costa Coffee," ujar Shairan.

Untuk senarai kafe layan diri Costa Coffee di cawangan-cawangan Shell Select terpilih, layari shell.com.my/costacoffee

0 comment... add one now