Pengalaman Baru Beraya dengan Suami : Singapore VS Kuala Lumpur


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

Sempena Syawal yang mulia ni, Aten dan suami, Firdaus Feeq ingin memohon maaf andai ada tersalah kata terkasar bahasa yang ada buat korang terasa atau kecik hati. 0-0 okay?


Salam 13 Syawal semua. Syawal 13 pun masih raya kan? Hehehe
Tahun 2017 merupakan tahun pertama Aten beraya dengan suami. Alhamdulillah rasa macam kejap gilaaa dah 8 bulan Aten kawen dengan dia. Raya tahun ni jatuh pada hujung minggu iaitu hari ahad. Setelah bincang dengan Feeq, kitorang membuat keputusan untuk beraya di belah Feeq dulu sebab Feeq cakap kalau weekend beraya di Singapore meriah berbanding weekdays. Kitorang pulang ke Johor malam raya sebab Feeq sibuk dengan studio beliau. Memandangkan ibu Feeq Singaporean, jadi kitorang dapat beraya di Johor dan Singapore. 

Syawal pertama tu kitorang beraya di rumah seperti biasa makan-makan dan Feeq dan ayah pergi solat raya. Lepastu kitorang beraya di rumah keluarga suami kakak Feeq. Dalam 1 jam gitu, kitorang bergerak masuk ke Singapore. Trust me, dari pukul 12 kitorang sampai di Tambak Johor, pukul 3 lebih baru kitorang berjaya masuk ke dalam Singapore. Pheww. mereput jugak lah queue kereta nak masuk Singapore yang rata-ratanya memakai baju melayu dan nak beraya di Singapore. Kat bawah ni Aten ada cerita perbezaan beraya di Singapore dan KL mengikut pengalaman Aten. Hhehehe. Jom baca!
Perbezaan Beraya di Singapore dan Kuala Lumpur :
  • Kalau macam family Aten, beraya di KL sehari satu rumah je wehh lawat sedara kan. Jiran-jiran tu lain cerita sebab dekat. Tetapi di Singapore, selagi tuan rumah tak tidur, selagi tu kau pulun pergi rumah sedara mara. Haritu Aten beraya rasanya dalam 8 rumah jugak lah. Pengalaman baru untuk seorang Aten. Lapan rumah wehhh. Hahahha. Percayalah, 2 rumah terakhir Aten pergi, Aten masuk minum air makan sikit2 lepastu tidur dekat sofa. Rabak wehh. Perut jangan cakap lah. Semua lemak yang hilang masa bulan Ramadan terus ada balik. Hahaha
  • Kalau macam kat KL, bila nak beraya ramai-ramai tu biasanya kita konvoi kan. Ikut sesama dua tiga kereta. Tetapi tidak di Singapore sebab Singapore kan sebuah negara yang kecik dan parking mereka sangat terhad. Jadi mereka akan sewa kereta besar atau mini van untuk memudahkan perjalanan mereka untuk beraya di rumah sedara mara.
  • Yang bestnya bila raya dekat Singapore semestinya dapat duit raya dalam SGD! Hahaha bayangkan bila convert ke RM darab dengan 3. Alhamdulillahhh masyukkk hehehe
  • Makanan yang dihidangkan bila raya : Kuala Lumpur semestinya rendang ayam, rendang daging, lontong, kuah kacang, kari daging, kari ayam. Betul tak? Tapi lain sangat di Singapore. Menu wajib dorang ialah sambal sotong, sambal udang, sambal goreng. Fuhhh! Memang berbeza wehhhh. Time ni la baru teringat rendang ayam mama ayah buat. Hahaha.
  • Baju raya! Kalau macam dekat KL tak kisah kan baju sedondon ke tak kann. Asalkan raya. Tetapi mostly family di Singapore, baju raya dorang mesti sedondon! Hehehe
Haa cukup la 5 point ni dulu. Ni 5 point yang Aten nampak bila beraya di Singapore belah Feeq. Hehehe. Apepun, pengalaman baru dan bermakna bagi Aten. Once again, Selamat Hari Raya korang!




0 comment... add one now