Webist Solutions Bakal Bawakan Perubahan dalam Industri Pemasaran Digital Malaysia

Hi lovely readers,
Aten nak share tentang satu entri yang sangat bermanfaat untuk semua orang terutama mereka yang mempunyai bisnes mereka sendiri.

Industri pemasaran digital Malaysia, mengalu-alukan kemunculan Webist Solutions Sdn. Bhd. di arena digital Malaysia di majlis perasmian gilang gemilang yang diadakan di Restoran New Shanghai, Holiday Inn Express Hotel, Kuala Lumpur. Webist Solutions Sdn. Bhd. yang diterajui oleh tiga orang pengasasnya iaitu Encik Bryan, Encik Chris dan Encik Johnson bakal membawakan perubahan dalam industri pemasaran digital.
Negara kita dengan menjanjikan pertumbuhan dalam industri pemasaran digital yang sedang melalui saat getir di tahun 2017 ini melalui pendekatan dan pandangan baru.
Majlis perasmian gilang gemilang tersebut telah dihadiri oleh ramai tetamu kehormat, para selebriti tempatan, para pengamal media social serta tokoh masyarakat yang berwibawa dan dirasmikan oleh Puan Sri Datin Sri Dr. Susan Cheah, Supermodel terkenal Malaysia Amber Chia, Penasihat Webist Solutions Sdn. Bhd., Dr. Zyro Wong bersama dengan tiga orang pengasasnya.
"Era digital yang merupakan trend paling popular dalam industri pemasaran Malaysia pada masa ini ternyata semakin berdaya saing dan kami berada di sini bagi membantu gelombang digital ini berterusan. Di Webist Solutions, kami bukan sahaja membantu merangka strategi baru perniagaan digital di Malaysia agar cemerlang di arena antarabangsa, malah kami turut mendidik masyarakat tentang perubahan trend dan dinamik dunia digital” kata Penasihat Webist Solutions, Dr. Zyro Wong dalam ucapan aluan beliau.
Tetamu kehormat, Puan Sri Datin Sri Dr Susan Cheah, melahirkan harapan tinggi beliau agar usaha murni Webist Solution ini dapat membantu pertumbuhan era pemasaran digital tempatan dan seterusnya menjemput orang ramai agar turut bersama-sama menakluki dunia pemasaran digital ini.
Semasa majlis perasmian tersebut, tiga orang pengasas Webist Solutions Sdn Bhd – Encik Bryan, Encik Chris dan Encik Johnson turut berkongsi pandangan dan ilmu mereka mengenai dunia pemasaran digital dalam forum terbuka bersama dengan para tetamu. Webist Solution Sdn Bhd mempunyai matlamat untuk mengacarakan lebih banyak acara bertaraf antarabangsa pada masa akan datang disamping perkhidmatan utamanya.
Majlis ini juga memaparkan preview Kelas Master secara langsung - 'Design a Disruptive Marketing Plan Like a Pro - oleh Juan José Delgado, bekas Ketua Pemasaran Amazon dan Pakar Pemasaran Digital terkenal. One word can describe him, power! :O
Seminar yang dibawakan khas oleh Webist Solutions ini akan diadakan pada bulan Ogos 2017 di Kuala Lumpur di mana Juan José akan berkongsi pengetahuan beliau mengenai strategi pemasaran digital yang berkesan dalam dunia perniagaan. Seminar yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia ini dijangka bakal mendapat penyertaan dari seluruh Negara, samada dari dunia perniagaan mahupun individu dari semua lapisan masyarakat.
Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai Seminar yang bakal dikendalikan dan diiktiraf oleh Juan José Delgado ini pada 2 Ogos 2017 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Tiket-tiket eksklusif telah mula dijual dengan harga Early Bird istimewa [Tiket emas berharga RM1,247 dan tiket VIP pula berharga RM2,497].

Lawati www.webist.com.my/jjdelgado/ atau hubungi +603 7972 9122 untuk maklumat lanjut.

WEBIST SOLUTIONS
(Advertising Agency, Marketing Consultant)
Address :
B-1-3A, Kuchai Exchange Jalan Kuchai Maju 13, Off Jalan Kuchai Lama
Kuala Lumpur, Malaysia
Email : 
contact@webist.com.my
Operation hour : 8:15AM - 5:30PM

0 comment... add one now