US Fries Fiesta 2017

OMG OMG OMG!
US Fries Fiesta kini kembali untuk tahun 2017! 
Alhamdulillah ini tahun ke-2 Aten dan masih diberi kepercayaan untuk mencuba dan mengambil bahagian dalam US Fries Fiesta. US Fries Fiesta tahun ni berlangsung dari 15 Jun 2017 - 30 Julai 2017 dan 10 restoran terlibat dengan acara ni. 

Antara 10 restoran yang terlibat dengan US Fries Fiesta : 
  1. Novotel Hotel
  2. Sam's Intan
  3. Yellow Brick 
  4. Movida
  5. Smores
  6. La Bodega
  7. Press Room
  8. Chaiwala Cafe
  9. Bonne Gilla
  10. Nevermine Pub & Bistro
Jenis US Fries yang digunakan di US Fries Fiesta 2017:
  1. US Frozen Wedges
  2. US Hashbrown
  3. US Straight Cut Fries
  4. US Crinkle Cut Fries
  5. US Curly Fries
Kualiti kentang dari US ni memang tak dapat dinafikan kualitinya. Kentang yang dihasilkan menggunakan kemudahan pemprosesan dan generasi kepakaran yang hebat. Kentang US juga mengandungi "pepejal" yang tinggi dan kandungan gula yang rendah. Rasa dan tekstur kentang dari US sememangnya sedap dan bentuk yang menarik. Penanam kentang US juga menggunakan mesin pemproses kentang yang berkualiti tinggi.  Piawaian industri AS menuntut dan mesti memenuhi semua spesifikasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan dan USDA.

Sebenarnya kempen macam ni bagi Aten best. Dapat exposure tentang fries (kentang goreng). Kebiasaanya, orang akan ingat fries hanya untuk goreng je. Tapi kalau korang jenis yang kreatif, fries ni pun boleh dijadikan pizza tau. Menarik kan? Kempen ini diadakan untuk menyokong restoran yang menggunakan produk kentang goreng dari US dan sekaligus mempromosi restoran mereka. Selain itu, membuka mata orang Malaysia bahawa kita boleh mencipta pelbagai hidangan dengan hanya menggunakan kentang goreng. Untuk pengetahuan korang, kentang sangat diperlukan dalam pemakanan kita. Mereka mempunyai kandungan potassium dan Vitamin C yang diperlukan untuk tubuh badan kita.

Post a Comment

0 Comments