US Fries Fiesta 2017 @ Sam's Intan

Aten berpeluang untuk join US Fries Fiesta 2017 di Restoran Sam's Intan yang berlokasi di Damansara Intan. Rupanya restoran Sam's ni ada lama ada dan dah ada 3 cawangan berlainan. Kira Sam's Intan ni baru sahaja dibuka. Outlet ke-3. Nama restoran macam western gitu kann tetapi ada jual makanan seperti nasi lemak, rendang dan goreng2. Wahhh! Tapi tujuan Aten datang sini untuk mencuba fries yang dihidangkan di sini.
                                                      Cheesy Paprika US Curly Fries
                                                               Curry Mayo US Wedges
Review :
Terbaik dan kreatif! 
Siapa sangka wedges kalau makan dengan daun kari yang digoreng lagi sedap. Makan pulak dengan kari mayonis. Memang laju je habis Aten makan. Pernah makan kari mayonis? Aten ni first time makan kari mayonis. Memang sedap bila digabungkan dengan US Wedges. Yumsss! Ni bukan mayonis yang beli kat shopping mall tu tau. Mayonis ni chef restoran ni yang masak sendiri. Sangat talented! Curly fries pulak memang wajib la kan makan dengan sos keju. Memang perfect combination yang mampu buat orang addicted macam Aten. Kalau makan fries 2 ni depan TV, rasanya boleh habis. Dapat pulak suami pun kaki kentang goreng, memang confirm berebut. Ternyata fries dari US ni memang sedap. Gabungan makanan sedap dengan tukang masak yang kreatif mampu menghasilkan hidangan unik yang tak dapat dilupakan!

Sam's @ Intan
Address :
1, SPRINT, Damansara Intan, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Contact : +60 3-7731 9538
Operation hours : 12PM - 1AM

Post a Comment

0 Comments