Tips Berhari Raya di Rumah Orang

Tips Berhari Raya di Rumah Orang :

  • Jangan datang rumah orang terlalu awal. Mungkin dorang masih bersiap, solat raya ataupun masih mahu bersama-sama dengan keluarga.
  • Pastikan anak-anak tak ambik angpau sampai 4-5 kali. Pengsan tuan rumah nanti. Hekhek. Siapkan botol dakwat depan pintu, lepas dapat duit raya mesti celup ibu jari dlm botol tu. #Ehh
  • Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar. Takpun dah tidur. 
  • Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengan langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit. Tau tak?
  • Jangan sibuk tanya orang bila nak kawen. Kalau dah kawen sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan orang nak jawab tau?
  • Jangan pandai-pandai tukar channel TV rumah orang. Dah diorang satu keluarga minat hindi jangan pandai-pandai nak tukar astro ceria. Mintak izin takpe. Hehehe
  • Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya dapur mcm tongkang pecah. Kuikui
  • Ajar anak-anak jangan buka sampul duit raya depan tuan rumah.
  • Orang hidang air terus minum tak payah nak cakap banyak.
  • Jangan tumpang kencing kalau tak pandai nak flush.
  • Kalau termakan kuih raya yang tak berapa sedap tu, telan jer. Jangan cuba nak selit kuih raya tu kat sofa atau pasu rumah orang. Tak baik. Tau tak?
  • Jangan mintak password wifi rumah orang. Kalau asyik nak guna internet baik dok rumah je.
Sekian, terima kasih. Selamat hari raya in advance guys! :D

1 comment... add one now

Nur Zahirah Nur Zahirah 29 June, 2017
Perkongsian yang menarik. Thank you for sharing