Sajian Desa Buffet Dinner @ Casa Del Rio Melaka Hotel

Salam Ramadan kesayangan!
Haritu Aten dan suami Aten ada pergi bercuti ke Casa Del Rio Melaka Hotel. Kebetulan ada Sajian Desa Buffet Dinner sempena bulan Ramadan ni. Jadi, Aten berpeluang untuk merasa makanan dari Restoran The River Grill kepunyaan Casa Del Rio, Melaka.
Tak sangka Casa Del Rio Melaka ni cantik gila dan sangat strategik. Kitorang dapat bilik yang mengadap Sungai Melaka. Dapat tengok keindahan Melaka, orang lalu lalang untuk menaiki cruise. Aten pun dapat naik cruise dekat Melaka ni, Tapi nanti Aten akan cerita di blogpost yang lain. Hehehe. Ni nak cerita Sajian Desa Buffet Dinner di Casa Del Rio. Trust me, memang worth your money guys!

Jom Aten belanja gambar dulu makanan apa yang ada di Restoran The River Grill kepunyaan Casa Del Rio, Melaka :D


Sambil korang menikmati makanan untuk berbuka puasa, akan ada persembahan dari mereka. Memang kalau dengar dorang ni nyanyi sambil makan, tak sedar masa berlalu. Yes again, memang worth duit korang. Penduduk Melaka, please la cuba bukak puasa kat sini. Terbayang lagi kot apa yang kitorang makan haritu. Paling korang kena cuba ialah Durian Crepe. Hehehe. Pelbagai pilihan sampai rambang mata rasa macam nak makan semua. Hahahah. Yang menarik mengenai Sajian Desa Buffet Dinner di Casa Del Rio Melaka ialah gerai kecil yang mereka letak di luar kedai. Nasi Ayam, Nasi Lemak, Kambing Bakar, ABC, Keau Tiau Goreng, Mee Kari, Laksa, Satay dan macam-macam lagi. Tu belum tengok pencuci mulut yang pelbagai warna. Memang akan tertarik untuk kita ambik. Hehehe. Andai diberi peluang untuk berbuka puasa disini, yesss Aten nak pergi lagi!

Harga Sajian Desa Buffet Dinner @ Casa Del Rio Melaka Hotel

  • Dewasa : RM98 nett per adult
  • Kanak-kanak : RM49 nett per child
Untuk maklumat lanjut mengenai Casa Del Rio Melaka Hotel, hubungi :
Alamat :
88, Jalan Kota Laksamana 75200 Melaka Malaysia
Contact : 
Tel: 06 289 6888    Fax: 06 289 6999
Email: reservation@casadelrio-melaka.com

Post a Comment

0 Comments