Pengagihan Pek Iftar dari Fonterra Brands Malaysia @ Masjid Al-Ikhlasiah

Ianya merupakan pengalaman baru untuk Aten apabila dapat mengambil bahagian dalam acara pengagihan pek iftar anjuran Fonterra Brands Malaysia. Selalunya tengok dalam TV je. Alhamdulillah sebagai seorang blogger, macam-mcam aktiviti yang Aten tak dapat lakukan, Aten diberi peluang untuk bantu.
Kebetulan Hari Susu Sedunia jatuh pada bulan Ramadan membuatkan Fonterra Brands Malaysia berbesar hati untuk mengagihkan pek iftar kepada penduduk Kampung Kerinchi. Di dalam pek iftar tersebut mengandungi bubur lambuk dan barangan dari Fonterra Brands Malaysia iaitu minuman kultur Fernleaf CalciYum, Susu Tepung Fernleaf Family dan Susu Anlene.
Mr Jose Miguel Porraz Lando, pengarah urusan Fonterra Brands Malaysia juga turun padang dan turut berpuasa untuk merasai sendiri suasana berpuasa. "Sebagai salah satu pembekal terkemuka bagi produk tenusu, mereka percaya bahawa walaupun di bulan Ramadan, ianya sangat perlu untuk kita semua mengambil pemakanan dengan cara yang betul untuk memastikan kita tidak letih dan sentiasa bertenaga walaupun di bulan puasa", katanya.
Pengagihan pek iftar dari Fonterra Brands Malaysia mendapat sambutan hangat dan penduduk Kampung Kerinchi sangat gembira dengan pengagihan ini. Diharapkan dengan adanya aktiviti begini, kita semua lebih sedar bahawa pengambilan produk tenusu amat penting untuk tubuh badan lagi-lagi di dalam bulan puasa.
Sebelum ni, Fonterra Brands Malaysia turut berkongsi resepi ringkas tapi berkhasiat untuk bulan puasa ni : Klik http://www.fatinbella.com/2017/05/resepi-mudah-khasiat-dengan-fonterra.html

Post a Comment

0 Comments