Meditree Pure Australian Botanicals Review

Kebaikan tumbuhan Tea Tree memang tidak dapat disangkal lagi. Seperti semua sedia maklum, Tea Tree terkenal dengan ciri-cirinya yang anti-bakteria semula jadi untuk keasliannya. Dengan sejarah penggunaan oleh orang asli di Australia yang lama, banyak kajian dilakukan untuk tahu keselamatan dan keberkesanan Tea Tree dan ternyata ianya masih dipandang tinggi di seluruh dunia.
Menggabungkan ekstrak antibakteria dan menenangkan semula jadi, Meditree Tea Tree range ini akan memerangi dan membantu kulit yang terdedah seperti kulit berminyak dan berjerawat dengan menghasilkan kulit yang cerah  dan segar.
Meditree Malaysia kini telah mencipta satu rutin penjagaan kulit muka untuk kita semua. Aten kira penjagaan kulit muka ini akan mendapat sambutan hangat sesuai dengan kualiti dan kandungan tumbuhan yang digunakan. Bukan hanya untuk muka sahaja, tapi boleh digunakan pelbagai cara tau! 
Meditree Tea Tree Range mempunyai 5 jenis produk iaitu Meditree Tea Tree Facial Cleanser, Meditree Tea Tree Cleansing Scrub & Mask, Meditree Tea Tree Hydrator, Meditree Tea Tree Acne Gel dan Meditree Tea Tree Oil
Meditree Tea Tree Facial Cleanser 
Sesuai untuk :
Berminyak, Gabungan, Kulit Berjerawat.
Bagaimanakah ia berfungsi? 
Tea Tree dan Willowbark membersih dan membuang minyak dan kekotoran manakala Aloe Vera melegakan kulit.
Cara penggunaan Meditree Tea Tree Facial Cleanser 
Urut perlahan-lahan di seluruh muka dan leher anda. Bilas dengan air suam. Gunakan pagi dan malam. Sesuai untuk melembapkan kulit

Meditree Tea Tree Cleansing Scrub & Mask
Sesuai untuk: 
Normal, kering, berminyak dan / atau Gabungan Kulit.
Bagaimanakah ia berfungsi? 
Membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kekotoran. Membantu kulit menjadi licin dan cerah.
Cara penggunaan Meditree Tea Tree Cleansing Scrub & Mask
Gunakan pagi atau malam, 1-2 kali seminggu. Urut perlahan-lahan di seluruh muka dan leher. Untuk mask, biarkan selama 10 minit. Bilas dengan baik.

Meditree Tea Tree Hydrator
Sesuai untuk:
Gabungan, Kulit Berjerawat.
Bagaimanakah ia berfungsi? 
Tea Tree Oil mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-radang membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan, manakala bantuan ekstrak chamomile membantu menenangkan dan melembutkan kulit.
Cara penggunaan Meditree Tea Tree Hydrator
Sapukan sejumlah kecil untuk muka dan leher selepas pembersihan. Gunakan pagi dan malam.

Meditree Tea Tree Acne Gel
Sesuai untuk: 
Berminyak, Gabungan, Kulit Berjerawat.
Bagaimanakah ia berfungsi? 
Tea Tree Oil dan Ekstrak Willowbark akan membantu untuk membersihkan dan menyembuhkan kulit daripada jerawat.
Cara penggunaan Meditree Tea Tree Acne Gel :
Sapukan sejumlah kecil ke kawasan terjejas akibat jerawat 1-2 kali sehari apabila diperlukan.

Meditree Tea Tree Oil
Sesuai untuk: 
Gigitan serangga dan luka
Bagaimanakah ia berfungsi? 
Australian native Melaleuca alternifolia terkenal dengan sifat-sifat menenangkan.
Cara penggunaan Meditree Tea Tree Oil : 
Untuk kegunaan luaran sahaja. Sapukan 1-2 titis pada satu masa. Jika berlaku kerengsaan, hentikan penggunaan.
Harga Meditree Pure Australian Botanicals :
Meditree Tea Tree Facial Cleanser : RM20.90 (excludes 6% GST)
Meditree Tea Tree Cleansing Scrub & Mask : RM 23.75 (excludes 6% GST)
Meditree Tea Tree Hydrator : RM23.75 (excludes 6% GST)
Meditree Tea Tree Acne Gel : RM14.55 (excludes 6% GST)
Meditree Tea Tree Oil : RM28.00 (excludes 6% GST)
Review Meditree Pure Australian Botanicals :

Apa yang menarik perhatian Aten bila pakai Meditree Pure Australian Botanicals ialah bauan produk ni. Ada bauan herba tapi bauan yang menyenangkan. Kalau agak korang stress, boleh bau produk ni tau. Even Tea Tree Oil tu Aten titiskan ke dalam diffuser. Sangat multipurpose. Selain itu, siapa yang ada masalah bau kaki, rendam kaki korang di dalam warm water dan titiskan Tea Tree Oil. Amalkan In Shaa Allah hilang bau. Pasal jerawat jangan cakap la. Memang Aten teruja gila! Tengok gambar kat atas tu tepi hidung Aten, jerawat comel muncul. Perempuan bila jerawat ada kat muka, mulalah hilang confident kan? Termasuklah Aten, jadi Aten pakai dari Cleanser, Hydrator dan letak Acne Gel 2 kali sehari. Alhamdulillah jerawat tu tak sempat membesar dan sekarang tinggal ada parut jerawat sikit. Kalau Aten consistent pakai hari-hari sebelum raya, harap-harap boleh lah hilang parut jerawat ni. Hehehe. Korang pun tau kan kebaikan tumbuhan Tea Tree ni sangat lah banyak kann. Contoh kalau korang macam ada shampu, losyen, sabun mandi jenis yang tak wangi punya (unscented shampoo, lotion, shower gel) , korang boleh titiskan ke dalam syampu tu dan guna. Ianya akan melindungi korang dari bakteria yang berbahaya. Harga pulak sangat berbaloi dengan kualiti yang disediakan. Aten memang sangat recommend untuk korang cuba produk ni. Tak kenal maka tak cinta kan? ;)


Post a Comment

0 Comments