Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily Boleh Disesuaikan dengan Apa Jua Jenis Pakaian!




Dalam era sosial media yang laju, mempunyai gambar yang cantik adalah penting. Siapa tahu apabila rakan kita akan menangkap dan memuat naik foto anda di Facebook? Bayangkan ketika itu wajah kita lesu dan kita sedang memakai T-shirt kesukaan kita yang selesa tetapi agak buruk! Oleh itu, betapa pentingnya mempunyai wajah baru yang segar setiap masa yang boleh membuatkan orang di sekeliling kita iri hati!
Dengan kanta lekap kosmetik berwarna Lacelle dari Bausch + Lomb, kita akan memiliki wajah yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Menggabungkan rekod keselamatan yang di iktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih, Bausch + Lomb siri Lacelle Diamond Daily dan Lacelle Jewel adalah pilihan yang sangat tepat untuk memakai kanta lekap bagi  seorang fashionista.
Bausch + Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata unik. Reka bentuk kanta lekap ini sangat nipis dengan ketebalan 0.078mm dan kandungan air 38% dapat memberi  keselesaan kepada si pemakai. Sementara itu, bahan polymacon dapat mengurangkan penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan untuk memakai kanta lekap ini. Lacelle Jewel boleh didapati dalam tujuh warna iaitu Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Sapphire Blue dan Peridot Green.
Seterusnya, Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily ajaib mempersonakan mata dengan kilauan seperti berlian dan menyediakan kemudahan serta kebersihan dengan memakai kanta lekap pakai buang harian ini. Dengan ukuran diameter iris 14.2mm ini akan membuatkan si pemakai kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa menggunakan mekap. Lacelle Diamond Daily mempunyai 3 warna iaitu Aqua Glacier, Champagne Brown dan Pink Rose

Memakai pakaian formal tidak semestinya harus kelihatan kosong dan membosankan. Kita perlu menonjol dari orang ramai dan kelihatan seperti seorang wanita yang berjaya. Pakai pakaian yang ,enunjukkan sentuhan elegan dan sesuaikan dengan Bausch + Lomb Lacelle Jewel Amber Brown. Ia juga dapat menonjolkan mata kita. Pembayang mata biru gelap dan merah jambu terang menambahkan lagi warna pop berserta dengan pemerah pipi berwarna merah jambu gelap dan gincu berwarna peach akan menambahkan cahaya kesihatan seseorang yang menikmati kejayaan korporat.

Untuk malam yang istimewa, baju peplum dapat menambahkan lagi rasa bergaya. Tudung berwarna biru terang melengkapkan keseluruhan gaya. Untuk menyesuaikan warna biru terang ini, Bausch + Lomb Lacelle Diamond Aqua Glacier merupakan pilihan warna kanta lekap yang paling sesuai! Dengan pembayang mata berwarna hijau akan menjadi pelengkap tona warna biru mata dan pakaian anda. Pemerah pipi berwarna merah jambu terang dan gincu berwarna merah jambu gelap memberi kontra dan melengkapkan lagi wajah anda untuk majlis yang tidak dapat dilupakan.
Harga Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily : 
Siri Bausch + Lomb Lacelle Jewel dijual dengan harga RM68 sekotak untuk 2 keping.
Siri Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily dijual dengan harga RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping.
Kedua-dua siri Lacelle ini boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara.

Bausch + Lomb
Tel: +603-7680 8830           
No rujukan : LOTJ 2017-04-048 

Post a Comment

0 Comments