Buka Puasa @ Kluang Station, Quill City Mall

Hi readers kesayangan Aten!
Sedar tak sedar dah raya ke-3 kan. Rasa macam baru je masuk bulan puasa. Ni Aten nak share pasal buka puasa Aten haritu dekat Quill City Mall. Aten dan rakan blogger lain berkesempatan untuk berbuka di Kluang Station. Biasanya, lalu je dekat depan kedai. Ni baru dapat merasa makan di Kluang Station. Hahaha
Mee Goreng Mamak dan Nasi Dagang with Gulai Ikan Tongkol dan pilihan air : Asam Boy dan Creamy Soya Corn dengan hanya harga RM17.80 dan RM22.80. 
Memandangkan Aten tengah jaga badan nak diet, Aten pilih Mee Goreng Mamak lah dengan air Asam Boi. Wehhh, sedap gilak! Bau je pun dah menyelerakan. Portion yang disediakan sederhana berbaloi dengan harga yang diletakkan. Siap ada 2 udang besar, telur dan papadom. Memang perfect combination. Hehehe. Overall, memang worth your money lah!

Sooo, promotion untuk Nasi Dagang dan Mee Goreng Mamak ni berakhir hingga hujung bulan ni. Sooo, sesiapa yang #TeamRayaKL tu taktau nak g mana, korang boleh makan sini bawak semua satu family. Tak payah dah susah2 pergi Kluang kann. Hanya di KL. Jimat masa jimat tenaga jimat duit minyak kereta. Hehehe.
Gambar 3 atas ni pulak ialah makanan favourite yang orang selalu order. Aten dah rasa nasi lemak dia. Damn good weh! Makan dengan ayam pulak memang thorbaekk. Selalu kalau Aten mengidam nasi lemak, memang Aten akan carik Kluang Station yang berdekatan dengan Aten.

Siapa yang tak pernah datang ke restoran Kluang Station? Please go! Aten sangat rekemenkan korang untuk datang ke sini. Memang berbaloi-baloi! 

2 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 30 June, 2017
Nasi dagang nak macam sedap. Nakk
mrhanafi mrhanafi 30 June, 2017
Memang nampak sedap giler.. Ada peluang nak coba juga la nie..