Sweedskin - Kecantikan Disebalik Sains

Hi guys!
Soooooo, entry kali ni Aten nak cerita satu set penjagaan muka yang sangat meletup kebaboom dan tak banyak lagi orang tau. Kalau korang jumpa founder beauty skincare ni mesti korang tak percaya sebab Aten pun tak percaya ! 
Set penjagaan kulit muka Sweedskin.
Produk penjagaan kulit dari Sweedskin ni dah lama dah dari awal tahun lepas. Kira dulu produk Sweedskin ni dijual di klinik estatik. Kira-kira dalam 30-40 klinik estatik lah yang guna Sweedskin. Banyak kan? Haaa, klinik estatik pun guna tau so memang confirm lah elok, ye dak?
Founder Sweedskin bersama-sama produknya
Haritu Aten dan beberapa rakan blogger berkesempatan untuk menemubual founder Sweedskin. Cuba korang teka berapa umur founder Sweedskin? Macam baya-baya kita kan? But opss! Sangat salah. Beliau berusia sebaya dengan ibu bapa kita dan ada cucu 3! Wehhhh floles lagi tau. Terus kitorang korek rahsia dan petua kecantikan dari beliau dan Sweedskin la jawapannya! 
Sweedskin merupakan satu produk penjagaan kulit yang pertama dalam dunia yang menggunakan aplikasi Celtonyl. Celtonyl ialah sejenis sel yang bertindak sebagai pengaktid dalam menghasilkan sel baru. Ianya diperoleh dari daun (Colocasiaesculenta) yang kaya dengan pelbagai khasiat melalui proses hidrolisis enzymatic berganda. Celtonyl mengaktidkan kekunci asas kepada sistem fungsi utama kulit iaitu mTOR pathway untuk memastikan penghasilan sel, mengukuhkan fungsi rintangan justeru mengoptimumkan kadar penghidratan.
Sweedskin merupakan penjagaan kulit di Asia Tenggara yang menggunakan serbuk rumpai salji algae (Snow Algae Powder). Serbuk Salji Algae adalah kunci kepada keremajaan kulit.
1. Pencuci Pembersih Berseri
Alami kesegaran gel pencuci yang membersihkan kulit secara lembut tetapi menyeluruh. Ia membantu mempertahankan kehalusan kulit daripada cela persekitaran, menampilkan kulit bersih, halus, licin, dengan seri keremajaan.
2.Serum Menghalusi Sebum
Serum jerawat yang ideal untuk penggunaan harian bagi mengekalkan dan membersihkan pori-pori. Kulit kurang berminyak, kesegaran, kehalusan dan keserian wajah terserlah.
3. Semburan Pengaktif Kulit
Diformulasi dari bahan bebas minyak dan mudah menyerap yang sangat sesuai untuk penggunaan harian serta mampu memberikan kepuasan sejurus pemakaian tanpa kesan dan rasa.
4. Serum Pencerahan
Sentuhan harian ideal serum pencerahan menceriakan kulit kusam untuk menyerlahkan seri wajah. Penggunaan konsisten menghasilkan kulit halus, licin, lembap, dan anjal. Kulit kelihatan tegang, muda dan sihat.
5. Serum Pelembab Hidrasi
Serum mesra kulit memberikan segala khasiat dan menyuburkan kulit halus. Penyerapan drastik memberikan hidrasi optimum dan mengekalkan keremajaan dan kehalusan kulit.
6. Serum Anti-Penuaan
Serum Anti-Penuaan eksklusif yang tidak berminyak ini dirumuskan secara unik untuk mengembalikan keremajaan. Berkuasa menghidrat dan menyubur kulit secara pantas namun bertindak lembut dan selesa untuk mengembalikan keaslian kulit. Kulit tampil tegang, anjal, dan berseri secara semulajadi
7. Krim DD (Krim Pelindung Harian) Saniskin
Krim ringan, mudah serap dengan SPF30 ini dirumus khas untuk membantu melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV. Dengan SPF30, ia melindungi dan melembapkan kulit sepanjang hari secara lembut menghasilkan kulit licin tanpa kerengasan.
Cara Penggunaan Sweedskin :
  1. Pencuci Pembersih Berseri
  2. Semburan Pengaktif Kulit
  3. Mana-mana serum mengikut keperluan kulit (Serum Anti-Penuaan, Serum Pencerahan, Serum Menghalusi Sebum, Serum Pelembab Hidrasi)
  4. Krim DD (Krim Pelindung Harian)
Untuk maklumat lanjut mengenai Sweedskin, hubungi :
SNA WELLNESS
Address :
No. 75-1, Wisma DSN Group
Jalan Wangsa Delima 5
Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Contact : 
+6 (03) 4144 4900 / +6013 303 0695 (whatsapp)
Email : snawellnessint@dsngroup.com.my

Post a Comment

0 Comments