Pementasan Semarak Bangsawan & Panggung Seni Tradisional 2017

Semarak Bangsawan & Panggung Seni Tradisional 2017 telah dilancarkan pada 9 Mei 2017 di Restoran Rebung Chef Ismail, Jalan Tangling, Taman Botani Perdana dengan pelbagai persembahan dan tarian menarik yang memukau semua yang hadir pada hari tersebut.
Program Semarak Bangsawan 2017 :
Program Semarak Bangsawan yang dianjurkan oleh JKKN sememang bagus dan menyelamatkan seni tradisi yang bertapak di Malaysia yang semakin kabur. Semoga dengan adanya Program Semarak Bangsawan 2017 akan memelihara dan mengembangkan kesenian bangsawan dan meningkatkan minat dan kecintaan masyarakat terhadap kesenian bangsawan. Selain itu, diharapkan program ni dapat meningkatkan bilangan penggiat dan kumpulan-kumpulan bangsawan khususnya dalam kalangan generasi muda sebagai pelapis di masa hadapan dan menjadi salah satu produk untuk tarikan pelancongan di Malaysia.
Program Semarak Bangsawan 2017 bakal menampilkan lima (5) kumpulan. Karya terpilih kali ini ialah Bangsawan Cincin Naga Api daripada Persatuan Seni Ceritera arahan Khusiary Mahyuddin dan Roydy Rokidy yang dipentaskan pada 12 hingga 14 Mei ini, Bangsawan Satria Menara Putih daripada Perkumpulan Seni Singapura arahan Ihsan Ali (21 hingga 23 Julai), Bangsawan Dewa Kencana daripada Pertubuhan Teater Hidayah arahan Kamarul AR (15 hingga 17 September), Bangsawan Zhao Si Anak Yatim daripada Opera Sri Bandaraya arahan Lenny Erwan (13 hingga 15 Oktober) dan Bangsawan Dendam Laksamana daripada Pertubuhan Silat Seni Sendeng Malaysia arahan Pat Ibrahim (10 hingga 12 November).

Harga tiket Semarak Bangsawan 2017 : 
Pas masuk bagi menyaksikan pementasan ini adalah sebanyak RM10, RM25, dan RM50 bagi tiket premier.
*keistimewaan pembeli tiket premier RM50 adalah memperoleh tempat duduk yang lebih selesa dan jamuan disediakan selepas persembahan.
Panggung  Seni Tradisional 2017 : 

Panggung Seni Tradisional 2017 yang mula diperkenalkan sejak 2009 dan sudah menampilkan 43 persembahan kesenian Malaysia yang autentik dan klasik. Panggung Seni Tradisional 2017 akan berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.
Empat persembahan terpilih ialah Opera Cina daripada Kumpulan The Sound Of Tai Hei arahan Jeff Chua Chin pada 28 dan 29 Julai, dramatari klasik India Devdas daripada Persatuan Seni Persembahan Malaysia (Astana) arahan Ravi Shanker Rama Murthy (25 dan 26 Ogos), teater tradisional Jikey daripada Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB) arahan Saipol Bahari Mohd Iman (27 dan 28 Oktober) dan Koleksi Tari Serumpun gabungan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor, Fakulti Tari, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (17 dan 18 November).
Objektif Program Panggung Seni Tradisional 2017 :
  • Menjadikan Kuala Lumpur sebagai Hub persembahan kesenian tradisional
  • Menjadikan kesenian tradisional sebagai salah satu produk pelancongan.
  • Memberi peluang kepada warga Kuala Lumpur dan peminat kesenian tradisional terutama para pelancong yang menyaksikan kesenian dengan lebih dekat.
  • Pemuliharaan dan pengekalan seni tradisional yang semakin pupus dan tiada pelapis.
  • Mengangkat dan mermartabatkan kesenian tradisional ke taraf kecermerlangan.
  • Meningkatkan penghayatan dan kecintaan terhadap kesenian tradisional.
Harga tiket Panggung Seni Tradisional 2017 : 
RM20 (Biasa/Regular)
*50% diskaun bagi pelajar, warga emas, oku)
RM50 (premier)
*Pembeli tiket vip/premier akan menerima  goodies dari pihak penganjur

Untuk sebarang pertanyaan dan info boleh hubungi :
03 26148200 (JKKN)
03 92354800/4900 (MATIC)
Website :

Post a Comment

0 Comments