Review | Orde Heritage Recipes, Kg Baru

Haritu 2-3 hari sebelum puasa Aten dan Feeq berpeluang untuk makan tengahari di Kg Baru. Sementara kitorang tunggu next event, kitorang singgah makan kejap dekat Kg Baru. Dekat Kg Baru ni ada medan selera. Medan Selera Haji Hashim. Kira semua pelajar dari UniKL Business School dan orang yang kerja berdekatan sini akan datang sini untuk makan tengahari sebab dekat gila dari kampus dan banyak pilihan kedai.

Jadi, kitorang makan di gerai no 8 dan 9. Nama gerai tu Orde Heritage Recipes. Sebelum ni nama gerai ni Asam Pedas Kampong Kampong. Sooo, gerai ni popular dengan masakan mereka iaitu Asam Pedas dan Daging Salai Masak Lemak. Kira kalau peak hour tu, memang tak menang tangan la owner ni nak layan pelanggan yang datang. Fuhh!

Oh ya, gerai Orde Heritage Recipes juga ada menyediakan tempahan. Kira dorang ni boleh buat delivery ke tempat korang lah. Charge untuk delivery hanya RM5 sahaja. Tempahan minima ialah 5 boxes. Tempahan hendaklah dibuat melalui whatsapp 2 jam sebelum penghantaran dan lokasi penghantaran ialah sekitar KL. 

Jom Aten belanja gambar masakan yang ada di Orde Heritage Recipes :
Fuhhhh! Memang dugaan update blog time bulan puasa. Hahaha. Terbayang-bayang makanan yang kitorang makan haritu. Tengok gambar pun nampak menarik dan sedap kan? Percayalah, bila makan pun  sedap wehh! 
Harga Makanan di Orde Heritage Recipes : 
  • Set Nasi Ayam Goreng Kunyit : RM5
  • Set Nasi Sotong Goreng Kunyit : RM7
  • Set Nasi Udang Goreng Kunyit : RM7
  • Set Asam Pedas Ikan Jenahak : RM11
  • Set Asam Pedas Ikan Pari : RM9
  • Set Asam Pedas Ikan Siakap : RM9
  • Set Asam Pedas Daging Tetel : RM11
  • Mee Bandung Muar : RM6

Sempena bulan mulia bulan Ramadan ni, Orde Heritage Recipes ada buat Infaq Berbuka Puasa. Kira, kita hanya hulur duit sahaja dan Orde Heritage Recipes akan menyediakan makanan untuk dibawa ke masjid, surau, rumah-rumah anak yatim dan tahfiz. Moga bertambah rezeki kita dengan Infaq yang kita hulurkan di bulan Ramadan ni. Selain itu, Orde Heritage Recipes juga ada membuka gerai di bazar ramadan di Jalan Raja Uda. Jangan lupa singgah tau!
Review Orde Heritage Recipes : 
Aten dah duduk kat Kg Baru ni 3 tahun tapi tak pernah datang ke sini sebab susah sikit nak dapat parking. Nak jalan, jauh pulak. Kebetulan haritu kitorang datang, ada satu parking kosong untuk kitorang. Alhamdulilahhh. Sekarang ni pun jarang masak sebab Aten dan Feeq masing-masing busy. Jumpa kat rumah pun malam je. Overall Aten dan Feeq berpuas hati dengan makanan di Orde Heritage Recipes. Tak perlu tunggu lama-lama. Hehehe. Semua sedap! Feeq siap bertambah nasi bila makan sini. Harga pun sangat berpatutan dengan kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan. Bila makan sini, teringat pulak masakan mak kat kampung. Jom datang sini korang! Bagitau Aten sekali sebab Aten nak repeat makan kat sini lagi! :D 
Orde Heritage Recipes
Alamat :
Medan Selera Haji Hashim gerai no 8 & 9, Kg Baru
Waze : Pusat Penjaja Selera Muda
Contact : 016 207 3499 (whatsapp)

Post a Comment

0 Comments