Pengenalan Single dan Artis Baru NIPVSB Fee Haiqal "Aku Mencari"

Memulakan kerjaya sebagai model sambilan setelah menduduki senarai lima peserta teratas dalam program pertandingan, Mr. Planet Malaysia 2013, Fee Haiqal, berusia 24 tahun atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal bin Mohammad Fauzi kini telah melancarkan single terbaru beliau yang berjudul, “Aku Mencari”. Single ini diterbitkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dan diedarkan secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd berkonsep Pop Rhythm & Blues. 
BIODATA FEE HAIQAL
Nama                : Mohd Alfeeq Haiqal Bin Mohammad Fauzi
Nama Pentas    : Fee Haiqal
Tarikh lahir      : 31 Ogos 1993
Umur               : 24 Tahun
Tempat Lahir  : Selangor
Adik beradik   : 2 orang lelaki (anak bongsu)
Pekerjaan        : Pengusaha Produk Truly Aura~ Aura by Noraniza Idris
  Personal Trainer / Fitness instructor
Fee Haiqal mula berjinak-jinak dalam bidang penerbitan, penulisan dan lirik lagu ketika diberi peluang menyerlahkan bakatnya dalam bidang pengacaraan bersama temannya Ihab Ismail dalam sebuah program pembangunan belia Akar Kita Zapin 2014/2015 dan ketika itu beliau dilantik sebagai ikon belia dalam program sepanjang dua tahun berturut-turut.
Lagu : Aku Mencari
Artis : Fee Haiqal
Komposer : Fee Haiqal
Lirik : Fee Haiqal / Ihab Ismail 
Konsep         : Pop Rhythm & Blues
Penerbit     : Fee Haiqal
Terbitan    : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Edaran digital : Luncai Emas Sdn Bhd
Tarikh lancar   : 15 April 2017
Fee Haiqal telah mengambil masa selama 2 tahun untuk menjadikan impiannya kepada kenyataan kerana beliau ingin memastikan hasil susunan muzik lagu ini menepati citarasanya dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana lagu penerbitan lain sebelum ini. Fee menghabiskan masa dengan mengadakan perbincangan mengenai lagu ciptaannya ini dan kerap mengadakan ‘jamming session’ bersama teman-teman. Fee akui sangat cerewet dan telah membuat perubahan susunan muzik lagu ini sebanyak dua kali dengan merujuk kepada lagu-lagu semasa permintaan masa kini. 
Fee Haiqal mengharapkan semoga usaha ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda masa kini yang berminat dalam bidang penerbitan agar sentiasa cenderung mendalami kerjaya ini secara serius, sentiasa produktif dan berinisiatif. Tidak ada perkara yang mustahil untuk berjaya selain usaha dan tidak malu bertanya selain rajin mendapatkan sumber pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.
Fee Haiqal menyanyi live single terbaru beliau ketika majlis pelancaran Permata Saadah baru-baru ni.
Suka suka suka!

Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Tel : 03 9105 7066
HP : 016 2918066
Email : nipvsb@gmail.com
IG & FB : Noraniza Idris / NIPVSB / Fee Haiqal

1 comment... add one now