Pemasangan Lantai dan Dinding Lebih Mudah dengan Ambertex

Siapa sangka dari seorang graduan IT dari Systematic College, Encik Ridzuan Abdullah kini merupakan seorang bisnes inovasi yang berjaya dengan produk ciptaannya sendiri dalam industri dekorasi dalaman rumah. Ciptaan beliau diberi nama Ambertex High Performance Coatings kini semakin disukai ramai dan mendapat permintaan dari dalam dan luar negara.
Ambertex High Performance Coatings adalah sebuah syarikat yang ditubukan di Malaysia dan mempunyai rumusan serta ciptaan teknologi tersendiri buat sistem salutan (coating). Ambertex mengfokuskan dalam penghasilan sistem salutan serta dekorasi untuk pelbagai jenis permukaan serta material termasuklah permukaan lantai serta dinding. 
Ambertex mempunyai 10 produk utama yang terdiri daripada pelbagai corak dan warna seperti seamless coating system, granite system, diamond glitters system dan banyak lagi.
Nak buat lantai macam ni kat rumah? Jangan risau! Dengan adanya Ambertex, korang tak perlu pecahkan lantai rumah korang tu. Hanya spray sahaja di atas lantai korang dan percaya atau tidak, korang sendiri pun boleh buat sendiri sebab mudah sangat!
"Melalui teknologi hasil ciptaan saya, menggantikan jubin lebih cepat dan mudah di mana hanya dengan menggunakan coating sebagai 'base', ditambah 'color flake' atau efek metalik sebagai bahan komposit, disalut pula dengan 'top coat' bagi mengukuhkan lagi lapisan kalis air, anda sudah boleh mendapatkan dekorasi baru dan cantik," ujar Ridzuan penuh yakin.
Bilik Glow in the Dark ! Menarik kannn? Tak perlu bukak lampu dahh. Mungkin satu hari nanti, jalan raya di Malaysia akan menggunakan sistem ni betul tak? Sangat menjimatkan. Sistem Ambertex ciptaan beliau sangat bermutu tinggi, tahan lasak dekoratif, variasi dan mesra alam.
Cara aplikasi dan pemasangan yang berteknologi, mengikut piawaian yang dicipta oleh Ambertex High Performance Coatings sangat mesra pengguna, memberi penjimatan kos serta masa pemasangan. Bayangkan, sistem Ambertex hanya mengambil masa hanya 4 jam untuk betul-betul kering berbanding menggunakan epoxy yang mengambil masa 2 hari. Penjagaan yang perlu dilakukan selepas menggunakan Ambertex hanyalah mop untuk menghilangkan kotoran.
Harga pemasangan Lantai dan Dinding :
Rm12-RM30 per square feet bergantung design yang kita suka. Tiada minimum order. Lagi banyak square feet, harga lebih murah! 
Encik Ridzuan Abdullah menunjukkan live demo dengan menggunakan sistem Ambertex ciptaan beliau. Menarik kan?

Untuk maklumat lanjut mengenai Ambertex, hubungi : 
Ambertex High Performance Coatings
E-03-03, Star Parc Point, Jalan Taman Ibu Kota, Setapak
Kuala Lumpur, Malaysia
Contact : 014 7266 270 (Encik Nazrul)

Post a Comment

0 Comments