“KEINDAHAN PULAU DAN
KEAJAIBAN LAUT BIRU”MENANTI ANDA!
Percutian serta
pengembaraan yang pasti anda tidak dapat lupakan di sebuah pulau peranginan
terkemuka di Terengganu, Malaysia sepanjang musim ini.
Tawaran bercuti untuk orang ramai
terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap
individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu,
Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian
iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang
ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.
Pakej percutian yang ditawarkan
oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak
mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati
keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman
serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta
pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.
Perhentiankravers juga telah
berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta
bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para
pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari
langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan
lembut di Pulau Perhentian.
Bagi keselesaan dan ketenangan
para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah
menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat
pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana
pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman
mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang
percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan
kesesuaian pengunjung.
Bersama Perhentiankravers, para
pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah
pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan
perjalanan ke Pulau Perhentian.
“ Bot Laju Perhentiankravers”
Untuk makluman umum, bahawasanya
bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di
cat dan dihias sebegini. Sudah pasti para pengunjung berasa begitu teruja
sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk
mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan
kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah
lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit
sahaja.
Setibanya para pengunjung tiba di
Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi
proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di
resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.
Khusus kepada para pengunjung
yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers
telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular
di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil
masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit.
Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah
dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku.
Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu
melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers
menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie”
bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku
sebarang kesulitan yang tidak diingini. Aktiviti ini menggunakan sedikit
kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di
puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana
pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada
ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi
kincir angin.
Selepas dari mengikuti pendakian
ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas
untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan
lain-lain lagi.
Hari kedua berada di Pulau
Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para
pengunjung yang datang bercuti bersama Perhentiankravers. Ini kerana hari kedua
adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat
snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Ya, sudah pasti nya
para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan
terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah
mereka lihat atau saksikan sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari
jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga
telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat
sebentar di Kampung Nelayan.
Di dalam keterujaan untuk
bermandi-manda di laut, Perhentiankravers begitu menitik beratkan soal
keselamatan para pengunjung. Para pengunjung akan disediakan dan diberikan
dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung
terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang
semaksima mungkin.
Pengunjung
menggunakan kelengkapan snorkelling.
Disamping itu, Perhentiankravers
juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan
memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide”
yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan
merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau
Perhentian.
Antara tempat snorkelling yang
bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :
- Turtle Beach atau Tiga Ruang
- Turtle Point
- Shark Point
- Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
- Lighthouse
- Romantic Beach
“Fish
feeding” di Turtle Beach
Berenang
secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”
Aksi mendebarkan
antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.
Kampung Nelayan di mana
para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.
Lompatan
dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu
yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral”
yang tercantik di Pulau Perhentian.
Tempat snorkelling
yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil
bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.
Pemandangan
matahari terbenam di pantai Coral Bay.
Seusai sahaja
dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung
tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil
kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh
mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru
kekuningan emas.
Mengikut
kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada
menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau
Perhentian.
Setelah
selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk
pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah
berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan
api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai
satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.
Pada hari ke
tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan
Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung
yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba
aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga
boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan. Perhentiankravers menyediakan 3
kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti
Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :
- 8.00 pagi
- 12.00 tengahari
- 4.00 petang
Setibanya
kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah
barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang
menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang
pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara
menunggu ketibaan bas.
Secara
keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat
dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu
pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum
balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau
Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara
terutamanya negara kejiranan. Perhentiankravers menjanjikan “value for money”
kepada para pengunjung yang disayangi. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian
bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin
monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di Pulau
Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung
untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat
dari bilik penginapan penuh. Sebarang tempahan boleh lah hubungi :
019-9100986
(Pejabat Perhentiankravers)
Emelkan
tempahan anda ke :
Untuk maklumat
lanjut dan berita terkini mengenai Perhentiankravers, sila ke laman facebook
dan instagram : https://www.instagram.com/perhentiankravers/
0 Comments