Kinohimitsu Beauty Bar Pertama di SASA AEON Tebrau City

Hi korang,
Aten harap semua readers kesayangan Aten sihat semuanya dan semoga terus menyokong penulisan Aten :*
Entry kali ni Aten nak cerita tentang satu event yang Aten datang. Korang mesti pernah dengar dengan Kinohimitsu kan? Yupp Aten ada dapat invitation dari Kinohimitsu sempena pembukaan kedai mereka yang pertama dia dalam pusat membeli belah iaitu di SASA AEON Tebrau City. Kalau macam sebelum ni, kalau nak beli Kinohimitsu kena beli online tapi kini korang tak perlu risau dah. Korang datang je SASA AEON Tebrau City dan dapatkan nasihat dari staf mereka untuk minuman kesihatan yang bersesuaian dengan korang. 
Kebetulan hari yang kitorang datang tu merupakan hari kolagen (Collagen Day) <3
Kolagen ataupun collagen merupakan satu protein – satu molekul biologi yang besar – ia mengambil kira-kira 25% hingga 35% kandungan sekeluruhan protein dalam badan kita. Kebiasaannya terdapat di dalam tisu penghubung (connective tissue), seperti tendon, otot dan kulit. Kolagen adalah bahan yang menjadikan kulit kita elastik, kuat dan suci bersih! Badan kita, secara semulajadi menghasilkan kolagen, namun berkurangan mengikut peningkatan umur. Tujuan Kinohimitsu membuat Collagen Day adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada semua orang terutama wanita-wanita tentang kebaikan kolagen untuk tubuh badan kita supaya kita menerima dan menghargai diri kita seadanya, lebih gembira dengan diri kita,  dan menambahkan keyakinan untuk kita berkomunikasi dengan orang luar.
Aten dari dulu ingatkan Kinohimitsu ni hanya untuk orang tua je tau. Tapi lepas pergi outlet Kinohimitsu di SASA AEON Tebrau City ni baru Aten tau rupa-rupanya untuk sesuai untuk semua peringkat umur. Fuhhh! Kebetulan masa kitorang datang tu Collagen Day, jadi Aten dapat merasa minuman kolagen dari Kinohimitsu. Minuman kolagen dari Kinohimitsu lebih sedap diminum dengan campur air lain seperti air lemon.
Cutting Ribbon Ceremony
Dari kiri ke kanan : Choo Yann Ling (Retail Director ,Sasa) , Chloe Lim (Senior Category & Product Development Manager, Sasa) , Lisa Soon (Regional General Manager, Sasa) , Jennifer Chin (COO , Kino Biotech) , Winnie Pok  (AGM , Kino Biotech) & Tommy Ung (Assistant Manager)
Lisa Soon (Regional General Manager, Sasa) & Jennifer Chin (COO , Kino Biotech) telah melancarkan Collagen Day
Overall pada hari tersebut, kitorang semua sangat gembira dan perjalanan event sangat santai dan Aten dapat banyak info mengenai minuman kesihatan yang dijual di sini. Bermula dari sekarang, Alhamdulillah Aten dah amalkan pengambilan kolagen dalam rutin harian Aten untuk masa depan Aten supaya lebih sihat dan bertenaga. Korang pun dah boleh tengok-tengok tau apa yang minuman kesihatan yang best di Kinohimitsu ni. Kesihatan dalaman kita tak dapat nak agak apa yang elok dan tak elok. Jadi, dengan pengambilan kolagen mampu membuatkan diri kita sentiasa sihat dan menambahkan keyakinan diri kita. Jom amalkan sama-sama!
Untuk maklumat lanjut mengenai Kinohimitsu, hubungi :
Kinohimitsu Malaysia
Contact : 03-5525 9388

1 comment... add one now

Uyul Rosli Uyul Rosli 25 May, 2017
Wahhh seronoknya aten. Kalau Uyul ada kat JB masa tuh mesti boleh jumpa aten.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan