Jom Shopping Raya dengan Cahaya Raya Shopee!

Selamat pagi semua! Salam Ramadhan :)
Macam tak percaya je kan dah start puasa? Masa berjalan cepat betul. Nanti sedar tak sedar dah raya. Phewww. Korang dah survey baju raya belum? Yang bekerja tu dah apply cuti belum? Aten ni yang tak kerja pun debar-debar takut tak sempat nak shopping raya. Almaklum lah. First raya tanpa family. Rumah pun barang ada dua tiga kerat je barang. Hehehe.
So, haritu Aten ada bukak laman web Shopee, nak tengok barangan yang dijual di Shopee. Banyak yang menarik! So, terus Aten install apps Shopee dekat smartphone Aten. Hahahha bila dah install tu, hari-hari la kan scroll tengok baju yang mengikut fesyen terkini. Rambang mata weh! Shopping raya online paling terbaik kalau korang takde masa nak berjalan-jalan dekat mall. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit minyak. Takdelah penat sangat berpuasa ye dak?
https://shopee.com.my/syazayasmin
Instagram : @syazayasminrtw 
Cantik tak 3 baju Aten pakai ni? Rupanya koleksi baju dari Syaza Yasmin ni simple yet cantik. Jahitan baju dorang sangat kemas, tak jarang dan tak mudah berkedut. Yang paling penting ialah labuh. Sesuai untuk dipakai harian ataupun raya nanti :D
https://shopee.com.my/mardhiyahhijab
Jatuh cinta pandang pertama! Koleksi tudung dari Mardhiyah Hijab pandai menarik perhatian Aten dengan pelbagai warna dan corak. Yang penting, tak jarang. Tak perlu pakai inner neck dah. Suka suka suka!

http://www.zavira.com.my
Instagram : @zavira.contemporary
Suka gila Aten pakai tudung kuning tu. Hehehe. Sekali sekala nak melawa tak salah kan? Tudung purple pucci tu cantik dan labuh. Tak perlu dah pakai inner neck!
https://shopee.com.my/jubahrm80
https://www.facebook.com/dorracloset2
Instagram : @dorracloset

Nak kan kelainan untuk baju raya nanti? Jubah Maroon Gold dust dari Jubah RM80 ni cantik gila! Bila Aten cuba, elok je terletak dekat badan Aten. Gabungan warna maroon dan gold sangat menarik.
https://shopee.com.my/zo_series
https://www.facebook.com/zo.series/
Instagram : @zo_series
Instagram : @syazayasminrtw
Dari 15 Mei hingga 30 Jun, Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%. Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari. Pertandingan 45 Days of Surprise Giveaways (45 Hari Hadiah Kejutan) tahun ini menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Kempen Cahaya Raya bersama Shopee sangat menarik kerana ada potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai. Di samping itu, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian atas talian. 

Post a Comment

0 Comments