Dapatkan Edisi Terhad Popcorn Berperasa Tom Yum Di Garrett Popcorn!

Sebenarnya dah lama Aten teringin nak merasa popcorn berperasa tom yum tau, tapi tu lah tak jumpa lagi kedai popcorn yang jual. Tapi baru-baru ni Aten tengok dekat Facebook Garrett Popcorn ada jual popcorn yang berperasa tom yum! Wehhh sumpah excited suruh Feeq bawak pergi Garrett Popcorn KLCC untuk rasa popcorn berperasa tom yum. Macam tau-tau je Aten teringin nak makan popcorn berperasa tom yum. Hehehe
Popcorn berperasa tom yum dari Garrett Popcorn ni diilhamkan oleh sup panas dan masam terkenal dari Thailand iaitu Sup Tom Yum dan dari situlah Garrett Popcorn Shops menggabungkan aksen limau segar dan serai, cili, rempah aromatik dan keju untuk mencapai rasa sensasi popcorn yang hebat. Bukan 1 perasa tapi 2 perasa (Tom Yum Buttery Popcorn & Tom Yum CheeseCorn) yang pasti akan memikat hati korang sepertimana Garrett Popcorn memikat hati Aten :D
"Seronok sangat bila dapat menikmati popcorn yang kita sukai bersama-sama dengan orang yang kita sayangi. Terasa setiap saat sangat berharga dan manis"
Menikmati Garrett Popcorn berperasa Tom Yum adalah cara terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan di rumah, di pejabat, di taman atau di perhimpunan sosial.
Stok Garrett Popcorn Berperasa Tom Yum sangat terhad gais! 
Harga Popcorn Tom Yum Di Garrett Popcorn :
  • Tom Yum Buttery bermula dari RM13
  • Tom Yum CheeseCorn bermula dari RM18
Boleh didapati dari April 26, 2017, sementara stok masih ada, pada setiap Garrett Popcorn Kedai-kedai di Malaysia. Garrett Popcorn Shops boleh didapati di lokasi ini:
  • Lot 1.109, Aras 1, Pavilion Tower Elite, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • Lot G001-B, Ground Floor, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
  • Lot C151, Concourse Level, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
  • Lot G140, Ground Floor, Pusat Beli-belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
  • L2-112, Aras 2, gateway @ klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, Selangor
Untuk maklumat lanjut mengenai Garrett Popcorn, hubungi : 

Post a Comment

0 Comments