Buffet Ramadhan @ Chakri Palace Royal Thai Cuisine, KLCC

Sedar tak sedar masa cepat berlalu kan? Rasa macam baru je sambut tahun baru. Ni dah nak masuk bulan Ramadhan. Korang dah ganti puasa belum?
Minggu lepas Aten telah menghadiri Ramadhan Buffet Review di Chakri Palace Royal Thai Cuisine yang terletak di KLCC. Ini merupakan Ramadhan Buffet Review pertama untuk seorang Aten. Wahhhh! Seronoknya dapat makan macam-macam2. Hehehe
Ni yang korang akan nampak bila masuk ke restoran Chakri Palace Royal Thai Cuisine. Simple yet comfortable. Nama pun restoran Thai kan, so semestinya Ramadhan buffet yang disediakan bertemakan buffet masakan thai yang pasti membuatkan korang terliur dengan hidangan makanan yang disediakan.
Buffet Ramadhan Chakri Palace Royal Thai Cuisine di KLCC dan Pavilion KL akan bermula pada 30 May 2017 dan percaya atau tidak, lebih dari 50 pilihan makanan ada termasuk pilihan ulam-ulaman dan kerabu, seperti Thai Mango Salad, Thai Papaya Salad, pembuka selera thai terkenal dengan tujuh bahan-bahan iaitu "Mieng Kam", Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi.
Untuk hidangan utama, tetamu boleh menikmati pilihan masakan Thai seperti kambing kari hijau Thai, udang dengan sos mentega dengan telur masin, sotong goreng dengan telur masin, seafood tomyam , daging lembu dengan sos lada hitam dan ikan dengan sos manis & sos pedas. Menu istimewa tahun ini, Chakri Palace Royal Thai Cuisine juga memperkenalkan pelbagai kegemaran Malaysia, termasuk Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Beriani.
Selain itu, gerai kecil juga ada untuk masak live untuk korang. Ikan bakar, satay ayam dan daging dan juga bihun tomyam dimasak live di dalam restoran ini. Selepas penat seharian berpuasa, lepastu dapat makan masakan panas mesti sedap kan :D
Akhir sekali, untuk pencuci mulut, Chakri Palace Royal Thai Cuisine menawarkan pencuci mulut Thai yang terkenal seperti Red Ruby Waterchestnut, pulut mangga thai dan juga kegemaran tempatan seperti kuih-muih melayu, bubur jagung & bubur pisang dan pelbagai juadah lain.
Miengkam - Makanan wajib korang kena makan bila datang Chakri Palace Royal Thai Cuisine

The Imperial Chakri Palace KLCC & Chakri Palace Pavilion “Tantalizing Tastes of Thailand” buffet dinner akan disediakan setiap hari bermula 30 Mei 2017 ni.

Harga Buffet Ramadhan Chakri Palace Royal Thai Cuisine : 
Dewasa : RM95.90 ++ (KLCC) & RM85.90 ++ (Pavilion)
Kanak-kanak & warga emas: RM49.90++ (KLCC) & RM42.90 (Pavilion) [6-10 tahun]
*Kanak-kanak 6 tahun kebawah percuma*

Early Bird Offer : (Pesanan minimum 4 orang)
Pembelian sebelum 30 Mei 2017 pada RM75.90 ++ Per Adult (KLCC)

Pembelian sebelum 30 Mei 2017 pada RM65.90 ++ Per Adult (Pavilion)
*Early bird offer bermula pada 10 April 2017 hingga 30 Mei 2017 sahaja.
[Tempahan Berkumpulan BELI 5 PERCUMA 1]

Untuk semua pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03 2382 7788 (KLCC) 03 2143 1141 (Pavilion) atau 016 227 7182 atau e-mel marketing@chakri.com.my atau melawat kami dalam talian di http://berbuka.chakri.com.my

Post a Comment

0 Comments