Perjalanan Lebih Segar dengan Grab & Ambi Pur

Haritu Aten berkesempatan untuk ke pelancaran usahasama antara Grab Malaysia dan Ambi Pur dalam menjadikan perjalanan rakyat Malaysia menjadi segar dengan Ambi Pur apabila menaiki Grab. Bermula dari bulan April, ikon GrabCar akan digantikan dengan ikon Grab Ambi Pur pada aplikasi Grab bagi membolehkan kita semua menikmati perjalanan yang segar dan wangi. GrabCar yang terpilih iaitu kereta yang bewarna biru yang dihias khas supaya kelihatan menyerlah di atas jalanraya.
Setiap GrabCar tersebut akan dipasangkakn Ambi Pur Miniclip dengan pilihan pewangi Lavender atau Citrus. Kelebihan Ambi Pur bukan sahaja terletak pada harumannya ynag lembut tetapi juga teknologi pembasmi bau busuk yang hebat. Ambi Pur tidak melitupi bau yang kurang enak dengan haruman yang kuat tetapi meneutralkan dan menghilangkan bau busuk. Proses ini kemudiannya diikuti dengan pembebasan haruman yang segar dan berkekalan.
Bagi grab, selain dari menawarkan perjalanan yang paling segar kepada penumpang, usahasama ini membuka peluang untuk memberi insentrif kepada rakan-rakan pemandunya, yang kebanyakannya bertemu dengan beribu penumpang setiap hari. Usahasama ini merupakan sebahagian daripada komitmen Grab yang lebih besar untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada para pemandu Grab. Malah, semua pemandu Grab akan dapat menikmati diskaun eksklusif untuk produk-produk Ambi Pur sebanyak 50% !
Rakan media juga diberi peluang untuk mencuba bauan balang puntung rokok dengan balang puntung rokok yang mempunyai Ambi Pur. Ternyata Ambi Pur meneutralkan dan menghilangkan bau busuk rokok tersebut dan sangat membuatkan mereka teruja. 
Ayuh segarkan perjalanan kereta kita dengan haruman Ambi Pur dan menggembirakan penumpang Grab kita semua. Opss! Bukan pemandu Grab je perlu ada ni tau, yang tidak membuat Grab pun boleh menggunakan haruman Ambi Pur Lavender atau Citrus ini untuk pemanduan yang lebih segar. Tetapi pemandu biasa tiada diskaun eksklusif ya? Hanya untuk pemandu Grab :)

Untuk maklumat lanjut, hubungi :

Post a Comment

0 Comments