Pelancaran Footwear KORNNA di MyTOWN Shopping Centre

Siapa kat sini peminat kasut macam Aten? Asal nampak kasut cantik atau menarik mesti nak beli. Harga pun tak kisah. Yang penting kepuasan bila dah beli dan pakai. Ye dak? Percaya atau tidak, dalam kereta Aten je dah ada 10 pasang kasut. Hahaha. Perempuan dan kasut memang tak dapat dipisahkan <3
Korang pernah dengar dengan jenama kasut KORNNA tak?
Dua hari lepas, Aten berkesempatan untuk ke pelancaran kasut dari KORNNA di Parkson MyTown Shopping Centre. Senang je nak carik kasut jenama KORNNA ni kat Parkson. Korang masuk je Parkson dan pergi ke bahagian kasut-kasut. Mesti nampak punya. Kasut dari KORNNA ni takdelah lah baru sangat sebab dah ada kat Malaysia dari tahun lepas. Kenapa la Aten baru tau pasal KORNNA ni. Aten try pakai haritu memang selesa gila!
Aten suka gila dengan tagline KORNNA .‘Making Feet, Hip & Happy.’ Nampak catchy kan?KORNNA adalah ikon baru kasut kasual untuk golongan muda dan berjiwa muda tak mengira umur. Setiap warna direka oleh designer mereka untuk melahirkan personaliti, gaya dan sikap si pemakai.
Kasut KORNNA dibuat dengan menggunakan EVA (Ethylene-vinyl acetate) yang berkualiti tinggi yang juga digunakan oleh pesaing pembuat kasut kasual yang terkenal di dunia, kasut dari KORNNA akan memberikan kelembutan dan keselesaan dan ringan untuk kaki si pemakai supaya dapat melangkah dengan mudah untuk jangka masa yang lama. Harga yang dijual pulak sangat berpatutan sesuai dengan kualiti yang digunakan. Jadi, ia tidak menghairankan bahawa KORNNA kini mudah dilihat dijual di kedai-kedai dan jalan-jalan di Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, dan tidak lama lagi di seluruh dunia!
Apabila mahu bergaya, mulakan dari kaki. Sarungkan kasut KORNNA dan melangkah dengan bergaya!
 
Yuppp! KORNNA tidak hanya menjual kasut tapi menjual kaca mata yang cool gila ni ! Hehehe
Review kasut KORNNA : 
Menyesal tak kenal KORNNA lebih awal! Haritu Aten cuba pakai salah satu kasut KORNNA, ternyata memang sangat selesa dan ringan! Sesuai untuk dipakai sepanjang hari tanpa menyakitkan kaki. Apa yang best mengenai KORNNA ialah kasut ni kalis air dan kalau kotor pun senang je nak basuh. Material yang digunakan pun sangat berkualiti tinggi iaitu dari EVA yang mostly brand yang terkenal kat luar sana pun guna. Hebattt! Harga kasut KORNNA ialah RM129,90 je. Sesuai dengan kualiti yang digunakan, design dan warna yang sangat menarik! I love KORNNA :D

Untuk maklumat lanjut mengenai KORNNA, hubungi 
Location : Parkson G Floor, Mytown Shopping Centre
Waze : MyTOWN Shopping Centre

Post a Comment

7 Comments

  1. comelnya kasut ni, material dia macam croc ke aten?

    ReplyDelete
  2. all looks so good. I wanna go there to check out these

    ReplyDelete
  3. The footwear looks really good. The shades have great variety too :)

    ReplyDelete
  4. The shoes look comfortable. I want to get a pair for my overseas trip.

    ReplyDelete
  5. i love their colourful sandal! nice to see you again in event Fatin ^^

    ReplyDelete
  6. wah, warnanya menarik sangat

    ReplyDelete