Movie Review | Fast & Furious 8 Best Gila!

Sinopsis Fast & Furious 8 :
Dom dan Letty sedang berbulan madu di Cuba apabila satu wanita misteri telah berjumpa dan menggoda Dom untuk menyertai dunia jenayah beliau atas sebab-sebab tertentu dimana Dom tidak boleh melarikan diri atau membuat kesilapan kerana nyawa orang yang dia sayang dalam bahaya. Dom dan kawan-kawan beliau akan menghadapi ujian yang akan menguji mereka seperti tidak pernah sebelum ini.

Trailer Fast & Furious 8 :
Review Fast & Furious 8 :
Pleaseeeeee pergi tengok! Pergi tengok! Fast & Furious 8 best gila! Korang tengok dulu official trailer cerita ni, mesti korang nak tengok yang full punya. Aten dah ikut cerita ni since Fast & Furious 1 sampai la sekarang. Fuhhh! Finallyyy Aten dapat tengok. Wehhh excited dia lain macam kot! Lepas event je terus ajak Feeq g tengok cerita ni. Ingat nak tengok malam tapi semua fullhouse beb! So kitorang tengok time orang kerja. So tak ramai la yang tengok. Hahaha. Sesiapa kat sini peminat kereta atau lumba kereta, Fast & Furious is the best! Tak jemu kot tengok dari 1 sampai 7 ulang-ulang. Aksi dalam semua Fast & Furious best gila! dan nampak real gila! Apa yang Aten suka pasal Fast & Furious 8 ni ialah bila aksi dimana mereka dapat menghidupkan kereta tanpa ada orang di dalam kereta tersebut dan dorang bergerak laju macam dalam cerita-cerita zombie. Nampak cool gila kot! Dorang dapat kekalkan pelakon yang sama dari Fast & Furious 1 sampai 8 ni memang power. Masing-masing ada kebolehan tersendiri that make them unique! Background music sangat nice. Action takya cerita lah. Memang superb! Rasa macam nak tengok lagi! Tips bila nak tengok cerita Fast & Furious 8 yang berdurasi 2 jam 15 minit ni : Jangan minum air banyak-banyak dan pergi toilet! Setiap saat dalam cerita ni memang best! Nantikan kemunculan Brian guys! 5/5 bintang Aten bagi yeayyy! 

4 comments.. read them below or add one

Maria Firdz Maria Firdz 13 April, 2017
Movie omputih mmg tak pernah tak tengok... Mmg peminat Movie inggeris...
Jia Shin Lee Jia Shin Lee 13 April, 2017
Just watched yesterday, love the movie.
mhownai mhownai 14 April, 2017
I really loved this movie. I thihnk I have to watch this again. Yes!
Aiman Aiman 03 May, 2017
baru dapat tengok minggu lepas. yes sangat best cerita dia terutaman action.