Malam Pelengkap Hati Enigma Boutique

Malam Pelengkap Hati Enigma telah berlangsung pada 8 April 2017 bertempat di Grand Ballroom Tropicana Golf & Country Resort. Malam yang gilang gemilang ini dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah isteri Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.Majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh Ayu Damit selaku Duta Enigma
Boutique dimana beliau akan menyanyikan single terbaru “Pelengkap Hati” yang liriknya ditulis oleh pengarah Enigma Boutique.
Tujuan utama majlis ini adalah untuk pelancaran Logo baru Enigma Boutique seiringi dengan penjenamaan semua produk Enigma. Logo baru ini berpaksikan kepada perkataan “EB” yang membawa maksud Enigma Boutique. Logo baru ini dipilih berdasarkan konsepnya seperti berikut :
Konsep : Elegant, Prestige & Swirl Effect
Hujung tajam melambangkan 'Menuju' ke Jannah
Huruf 'b' direka seperti bunga melambangkan kecantikan (beauty)
Selari dengan pertukaran Logo,Enigma Boutique telah menganjurkan pencarian model muslimah untuk imej baru Enigma Boutique. Malam ini adalah malam kemuncak bagi 8 finalis dimana hanya seorang sahaja yang bakal dinobatkan sebagai juara.
“Pelengkap Hati “ dipilih sebagai tema bagi majlis ini kerana kesinambungan slogan Enigma Boutique “Beauty till Jannah”. Impian dan harapan Enigma Boutique direalisasikan dengan sentuhan sempurna CST Production dalam filem pendek “Pelengkap Hati”. Secara Eksklusif pada malam ini filem “Pelengkap Hati” ditayangkan.

Post a Comment

0 Comments