Khasiat Cuka Epal Surya dengan Penambahan Madu Asli

Jenama tempatan Surya memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya. Cuka Epal Surya dilancarkan di Gita Bayu yang terletak di Seri Kembangan. Penghasilan formulasi ini adalah untuk melakukan perubahan kepada perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakya Malaysia terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Cuka epal telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai manfaat. Diperbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.
Cuka epal Surya berbeza dengan jenama lain yang terdapat di pasaran kerana adanya tambahan madu semulajadi yang memberikan rasa yang lazat dan menarik. Dengan semua kebaikan konvensional cuka epal, cuka epal Surya dengan tambahan pemanis asli pastinya dapat mengubah cara rakyat Malaysia menjadikannya sebagai minuman turun-temurun.
Mengambil tema #RasaSayangSemanisMadu, majlis pelancaran ini memberi peluang kepada para media mencuba sendri kelazatan cuka epal dengan madu. Majlis tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran tukang masak terkenal negara Datuk Chef Wan yang berkongsi resipi cuka epal dengan madu istimewa dari jenama Surya yang digabungkan dengan buah-buahan dan jus segar. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Perundung Diet, Nuruh Aziah Musa yang berkongsi manfaat cuka epal
Khasiat Cuka Epal Surya :
  • Meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu mengimbangi tahap sodium dalam badan
  • Mengekalkan tekanan darah yang sihat
  • Boleh meningkatkan rasa kenyang individu selepas makan
  • Menurunkan berat badan
  • Mengekalkan tenaga sepanjang hari
Bahan-bahan yang digunakan diambil sendiri daripada pembekal yang dipercayai dengan epal yang didatangkan  dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan. Dengan penghasilan sendiri cuka epal dari jenama Surya, ianya produk yang sihat, selamat, mudah dan berkesan untuk semua rakyat Malaysia.
Cuka Epal Surya dengan madu asli bersaiz 450ml boleh didapati di kedai Watsons dan farmasi-farmasi terpilih di seluruh Malaysia dengan harga RM21.09(termasuk GST)
Untuk maklumat lanjut, hubungi

Post a Comment

0 Comments