#GETACTIVE bersama Watsons Malaysia

Watsons Malaysia telah melancarkan secara rasmi #GETACTIVE, satu inisiatif kesihatan kepada rakan kongsi perniagaan utama, rakan niaga dan ahli-ahli media. Watsons Malaysia mengambil langkah berani untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk aktif dan menjalani gaya hidup yang sihat.
Watsons Malaysia bersama-sama rakan niaga lain semalam memperkenalkan inisiatif #GETACTIVE untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan meletakkan rangkaian itu sebagai tempat beli belah ideal untuk barangan kesihatan dan kecantikan.
Dengan kempen ini, Watsons Malaysia mahu menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat menerusi lebih banyak kerjasama dengan rakan peniaga dan kami (Watsons Malaysia) mahu bekerjasama dengan lebih banyak rakan niaga supaya dapat tampil dengan ganjaran yang lebih baik seterusnya menarik lebih ramai pelanggan" kata Caryn Loh, Pengurus Besar dan Ketua Negara Watsons Malaysia.
Watsons turut memperkenalkan duta #GETACTIVE iaitu atlet wanita seni bela diri campuran pertama Malaysia, Ann Osman, pelakon Lena Lim, jurulatih kecergasan, Kit Mah dan pengulas sukan dan model, Mark O'dea (tidak hadir pada majlis pelancaran).  Duta #GETACTIVE Watsons Malaysia turut berkongsi tips kesihatan peribadi mereka termasuk diet dan senaman, sambil memberi pandangan mengenai aktiviti #GETACTIVE untuk Watsons Ahli VIP.
Semalam juga diadakan beberapa aktiviti fizikal berkumpulan untuk menyokong kempen #GETACTIVE . Pemeriksaan mata, pemeriksaan tubuh badan, makan berkhasiat dari Nutri Grain dan Kinohimitsu turut diadakan. Memang meriah gilaa semalam dengan kehadiran rakan selebriti Watsons Malaysia, bloggers dan media. Mereka juga turut dapat membawa pulang buah-buahan berkhasiat dan minuman kesihatan. 
Kata Danny Hoh, Pengarah Pelanggan, Watsons Malaysia, Watsons Malaysia memanfaatkan kempen #GETACTIVE dengan rakan selebriti Watsons  yang sesuai untuk mewakili kempen dalam bidang masing-masing. Dan kami berharap melalui pengaruh mereka. rakyat Malaysia secara umumnya juga digalakkan untuk #GETACTIVE dengan Watsons.
Pada majlis pelancaran itu, Watsons turut memperkenalkan Kad VIP Watsons baru yang menawarkan lapan ganjaran ekslusif lebih baik.
  1. Keahlian sepanjang hayat
  2. Tawaran hebat di lebih 1,000 lokasi perniagaan #watsonsrewards
  3. Dapatkan 1 mata untuk setiap RM1 
  4. Bayar menggunakan points; 200 point untuk RM1
  5. 2X point untuk semua produk jenama Watsons
  6. 5x point pada bulan hari jadi
  7. 5x point apabila membayar dengan Watsons VIP Card
  8. Diskaun eksklusif untuk produk kesihatan
Untuk maklumat lanjut mengenai #GETACTIVE bersama Watsons Malaysia, hubungi :

Untuk maklumat lanjut mengenai kad VIP Watsons baharu, lawati 

1 comment... add one now

Dkna Abza Dkna Abza 10 April, 2017
Macam best jer kad watson ni