Buffet Ramadhan @ Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi

Sempena Ramadhan 2017, Hotel Puri Pujangga ingin berkongsi kenikmatan berbuka puasa dengan pelbagai juadah tradisonal dan timur tengah yang bakal menghiasi meja bufet dan warung-warung kecil bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung. Melalui tema ‘NOSTALGIA DULU-DULU’, Pakej Berbuka Puasa di Hotel Puri Pujangga akan mengimbau kembali ke era tahun 50an dan 60an.
Hidangan Bufet Ramadhan terdiri dari pelbagai jenis makanan tempatan seperti pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman, Nasi Arab, Puyuh Goreng Berempah, Ayam Masak Lemak Minang Pilah, Kambing Kuzi, Daging Masak Dendeng, Sup Ekor, Tenggiri Asam Pedas Melaka, Nasi Ayam Hainan, Pecal Kampung, pelbagai jenis sambal (belacan, cencaluk, budu), Sate, Ikan Bakar, Mee Rebus dan hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang, Ais Krim Goyang dan bermacam-macam lagi!
Juadah manisan seperti buah-buahan tempatan, Sago Gula Melaka, Kuih Keria Bidara, Lepat Pisang, Seri Muka, Bingka Ubi, Pulut Panggang, Buah Melaka, Aneka Puding dan Jeli akan turut dihidangkan. Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah seperti Air SirapBandung, Soya, Jus Kurma, Air Tebu, The O Ais Limau, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan pelbagai lagi.
Begonia Coffee House menawarkan Pakej Bufet Ramadhan dengan harga RM69.90nett seorang untuk dewasa dan RM34.90nett seorang untuk kanak-kanak berusia dari 6 hingga ke 12 tahun. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma. Baucar dijual dengan harga RM59.90nett seorang. Makanan yang dihidangkan secara buffet mula dibuka dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam. Pakej berbuka Bufet Ramadhan akan bermula pada 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017.

“MOM IN WONDERLAND” SEMPENA HARI IBU DI HOTEL PURI PUJANGGA
Ibu permata hati. Ibu juga ratu di hati. Lambang kasih sayang anak terhadap ibu tiada batasan namun menzahirkan kasih saying itu boleh datang dalam pelbagai cara. Salah satu daripadanya adalah dengan menggembirakan ibu melalui sambutan ‘Hari Ibu’ di Hotel Puri Pujangga kerana ibu adalah permata hati bagi setiap anak serta surihati seorang suami.

Bagi menggalakkan orang ramai untuk meraikan Ibu pada hari yang istimewa ini, Hotel Puri Pujangga telah menyediakan pelbagai aktiviti dengan objektif untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang yang telah terjalin di dalam satu keluarga.
Bertemakan “Mom In Wonderland”, hidangan makanan untuk sambutan Hari Ibu memfokus kepada makanan ala barat dan ‘fusion’ seperti Paella Vallenciana Rice, Grilled Minute Steak With Peppercorn Sauce, Sauteed Lyonnaise Potato With Paprika, Grilled Chicken Teriyaki Fetuchini, Italian Mini Pizza, Pasta Aglio e Olio dan pelbagai jenis manisan seperti Kek Red Velvet Chocolate Fondue, Cream Caramel, Fruit Tartlet dan lain-lain.

Pelbagai jenis aktiviti telah diatur untuk diraikan bersama ibu serta keluarga tersayang. Kehadiran ibu-ibu akan disambut dengan minuman yang ditaja oleh Pop, The Soda! serta pemberian cenderahati istimewa. Ibu-ibu akan dimanjakan dengan Rawatan spa oleh La Facia Beauty Queen Spa & Hair Salon. Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi bersama keluarga juga akan diadakan. Anak-anak kecil juga akan diisi aktiviti dengan pertandingan mewarna, sudut menonton mini wayang serta Mini Zoo. Satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut. Ibu-ibu juga akan diberi Hadiah istimewa jika menepati tema melalui ‘Best Dressed Wonderland Mom’. Ini pasti memeriahkan lagi sambutan Hari Ibu.
Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada 14 Mei 2017 (Ahad) dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House. Baucar Hi-Tea Buffet dijual dengan harga RM55.00 nett seorang untuk dewasa dan RM30.00 nett seorang untukkanak-kanak (6-12 tahun).

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Khaila Khalid
Pengurus Operasi
HOTEL PURI PUJANGGA
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443
Mobile : +6017 699 2437 Faks : +603 8922 2890
Email : khaila@puripujangga.com.my Website: www.puripujangga.com.my

Post a Comment

0 Comments