Beli Baju Fesyen Muslimah Murah di Carousell

Hi readers kesayangan Aten!
Pejam celik pejam celik kejap je dah nak masuk bulan Ramadhan dan Raya. Aten sure ramai dah yang dah beli kain ela dan hantar kain untuk tukang jahit buat baju raya untuk family. Betul tak? Memang ada sesetengah orang, dorang lagi prefer baju dijahit oleh tukang jahit berbanding pakai yang dah siap di kedai. Kalau macam Aten, Aten tak kisah kalau baju yang Aten pakai tu dijahit atau beli yang siap terus dari kedai. Memandangkan Aten taktau mana nak carik tukang jahit berdekatan rumah Aten, Aten tak kisah beli yang dah siap punya. Kebiasaannya, Aten akan pergi ke kedai itu sendiri dan beli tetapi semenjak dah kahwin ni, Aten lebih sibuk untuk menjaga makan pakai suami Aten dan kerja blog Aten sampai takde masa nak ke pusat membeli belah.

Sekarang ni, setiap kali bukak laptop je Aten mesti bukak satu laman sesawang ni. I'm sure ramai pun dah tau pasal laman sesawang ni. Laman sesawang ni diberi nama Carousell. Haaa, tau kan? Carousell merupakan satu laman sesawang yang memudahkan kita untuk berurus niaga dimana kita boleh membeli barangan yang dijual di Carousell ataupun kita hendak menjual barang kita. Yepp, Carousell bukan sahaja untuk kita beli barang tetapi kita juga boleh menjual barangan kita yang kita tak gunakan dah. Dengan Carousell, kita boleh mendapatkan wang tambahan untuk diri kita. Menarik kan?
Mesti antara korang mempunyai koleksi baju muslimah yang dah tak pakai kan? Macam Aten lah. Percaya atau tidak, memang tak muat 1 almari dengan baju-baju Aten. Darilah baju muslimah fesyen terkini sampai lah dress dan baju casual. Korang tak perlu risau dah. Korang hanya perlu Snap, List dan Sell di Carousell ! Semudah ABC sahaja. Carousell bukan sahaja menjual baju muslimah baru tetapi ada jugak baju muslimah preloved yang sangat sesuai dipadankan dengan fesyen terkini. Tak perlu dah ke car boot sale. Korang hanya perlu duduk di depan laptop dan membeli belah! 
Risau pasal duit? Korang tak perlu risau kerana di laman sesawang Carousell terdapat filter yang memudahkan korang. Contohnya korang boleh pilih baju muslimah mengikut bajet korang ataupun mengikut kesukaan ramai dan boleh pilih samada nak baju muslimah yang baru ataupun preloved dan yang paling penting, membeli baju muslimah di Carousell lebih murah dan mudah berbanding beli di pusat membeli belah. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit minyak kereta. Hehehe.

Kebiasaannya mesti ada orang pertikaikan, boleh percaya ke laman sesawang Carousell ni? Ehh! Aten pun ada guna tau. Ada lah barang sikit-sikit Aten jual untuk dapat extra income. Ramai jugak kawan Aten yang ada account Carousell. Senang nak beli baju muslimah fesyen terkini dan macam-macam lagi. Memang mudah digunakan dan boleh dipercayai. Hehehe

Untuk maklumat lanjut mengenai Carousell, hubungi :

Post a Comment

6 Comments

  1. I love shopping usinh carousell. I didn't know its available in computer

    ReplyDelete
  2. I have heard about Carousell before but I haven't gone shopping on it yet- Will certainly check it out.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya baju cantik! Nasib baik dah selalu shop guna carousell. MMG BEST!

    ReplyDelete
  4. Wowow Carousell get improved alot! Many things to sell in this website. Great. I will check it out! Thx for sharing this info.

    ReplyDelete
  5. Wow i like these dresses. They are all looks chic :)

    ReplyDelete
  6. pernah guna carousell, tapi hanya menjual. senang digunakan

    ReplyDelete