Rumah Idaman di Radia Bukit Jelutong

Hi korang!
Asyik-asyik Aten post pasal beauty product dengan event ye dak? Soooo, kali ni Aten nak share dengan korang pasal satu tempat best yang boleh didiami oleh satu keluarga.
Hari Sabtu lepas, Aten dengan Feeq ke Bukit Jelutong untuk survey satu kawasan perumahan yang baru nak siap kat sini. Kitorang tau pasal ni pun bila terbaca dekat Facebook dorang. Ada sambutan Chinese New Year sambil tengok contoh-contoh rumah yang ada. Rumah yang kitorang tengah duduk ni sewa je. So dari sekarang la kitorang dah survey mana-mana rumah yang bersesuaian dengan lifestyle kitorang. Hehehe.
I'm sure ramai yang taktau Radia Bukit Jelutong ni kat mana kan? Aten pun sebenarnya taktau. Hahaha. Radia Bukit Jelutong ni berlokasi di Shah Alam. Radia Bukit Jelutong merupakan satu kawasan perumahan yang boleh dikatakan elit, elegan dan mempunyai 'class' tersendiri. Radia Bukit Jelutong adalah strategik kerana berhubungan dengan lebuhraya utama seperti Lebuhraya NKVE, Guthrie Highway, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Persekutuan. Radia merangkumi lokasi yang ideal untuk pengalaman hidup yang tidak dapat ditandingi dari kesibukan bandar.
Radia Bukit Jelutong dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018 dan akan menjadi pemangkin kawasan Bukit Jelutong untuk menjadikan satu kawasan perniagaan yang berdaya saing, maju dan hab komersial yang popular di kawasan sekitar sana.
Radia Bukit Jelutong dibina dengan kemampanan sebagai prinsip panduan utama dan sangat mesra alam. Radia Bukit Jelutong menggunakan pelbagai inovasi teknologi terkini seperti energy-efficient lighting, water-efficient fittings dan ainwater harvesting systems. Radia Bukit Jelutong boleh dikategorikan sebagai sebuah bandar hijau kerana dikelilingi oleh taman-taman yang indah, rumput dan laluan pejalan kaki, penduduk akan merasai persekitaran yang tenang dan suasana yang santai.
Inspirasi untuk Radia berasal daripada pengaruh Mediterranean dan Asia, untuk mewujudkan gabungan gaya yang akan membuat Radia menonjol. Radia Bukit Jelutong menawarkan 3 jenis komponen hartanah iaitu Radia Residences, Radia Retail dan Radia Office.
Radia Residences
Radia Residences mempunyai 6 jenis residences iaitu dari 695 sqft ke 2126 sqft dan didatangkan dengan 24 jam penjagaan keselamatan dengan sistem kad akses dan pengawasan CCTV. Apa yang membezakan Radia dan kawasan perumahan yang lain ialah Radia mempunyai 4 ekar kemudahan fasiliti seperti taman-taman, kolam renang, spa, trek jogging dan kolam ikan koi yang akan memberikan rasa yang berbeza yang boleh didapati di bawah satu bumbung. Dengan landskap yang tersusun cantik memberikan korang percutian yang sempurna untuk berehat dan bersantai. Sangat menepati citarasa kita semua :D
Radia Retail
Radia Retail terdiri dari 152 kedai terdiri dari 1, 2 dan 3 tingkat unit kedai dengan kawasan binaan yang terdiri daripada 376 kaki persegi hingga 2779 kaki persegi. Harga untuk kedai-kedai ini bermula daripada RM966,000. 17 kaki panjang laluan pejalan kaki dan kemudahan tempat letak kereta awam untuk memastikan ruang yang mencukupi untuk pelanggan yang datang.
Radia Office
Radia Offices akan menampilkan 238 unit blok pejabat ditempatkan di dua blok pembangunan 10 tingkat dengan kawasan binaan yang terdiri daripada 825 kaki persegi hingga 2,001 kaki persegi. Radia Office juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan yang disediakan dengan jarak berjalan kaki seperti kedai makanan dan minuman, farmaseutikal, optometri dan perundingan firma.
Show unit untuk unit kediaman yang boleh dilihat di Galeri Jualan Radia di Bukit Jelutong. Korang kena datang sana untuk lihat lebih dekat dan tahu lebih lanjut mengenai Radia Bukit Jelutong dan Aten pasti korang pasti akan jatuh cinta dengan Radia. Sama macam Aten! Hhehehe.
Show unit untuk unit kediaman yang boleh dilihat di Galeri Jualan Radia di Bukit Jelutong. Korang kena datang sana untuk lihat lebih dekat dan tahu lebih lanjut mengenai Radia Bukit Jelutong dan Aten pasti korang pasti akan jatuh cinta dengan Radia. Sama macam Aten! Hhehehe.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari media sosial Radia,
RADIA Bukit Jelutong
Galeri Jualan Radia
No. 2A (Lot 64406), Persiaran Tebar Layar
Seksyen U8, Bukit Jelutong
40150 Shah Alam
Selangor
Waze : Radia Sales Gallery
Website : http://www.radia.com.my
Contact no : 03-7859 9801

Post a Comment

1 Comments