Review | 8 Sebab Kenapa Korang Kena Datang Hannan Medispa Ampang

Hi readers kesayangan Aten,
Cuaca sekarang ni panas je kan. Aten ni haa duk rumah pun still rasa panas. Apatah kalau keluar rumah, pelembap muka dan pelembap bibir dan air mineral sentiasa ada dengan Aten. Yela, sebagai seorang perempuan mesti lah nak menjaga kecantikan dan kesihatan muka. Ye dak?

Haritu Aten berkesempatan untuk membuat rawatan muka di Hannan Medispa Ampang. Korang pernah dengar tak? Aten pun baru-baru ni je tau pasal Hannan Medispa. Rupanya dah banyak outlet yang ada. Hannan Medispa Ampang, Seremban, Terengganu, Rawang, Kuantan, Kota Bharu, Bangi dan banyak lagi. Hannan Medispa Ampang menawarkan khidmat kecantikan untuk masalah kulit kusam, jerawat, jeragat & juga khidmat pelangsingan menggunakan teknologi terkini dari USA, Jerman dan Korea pada harga yang berpatutan.
Mengenai Hannan Medispa :
Dr Hannan Mohd Yusof telah menubuhkan Hannan Medispa pada tahun 2012 sebagai pusat Kecantikan yang memberi tumpuan terutamanya di muka, jerawat dan terapi pigmentasi dan pelangsingan tubuh badan. Pada tahun 2017, Hannan Medispa kini mempunyai 17 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia termasuk Hannan Medispa Ampang. Hannan Medispa Ampang adalah salah satu cabang daripada Hannan Medispa yang mempunyai keunikan mereka sendiri menjadikan mereka berbeza dan khas dari cawangan lain.
Ni yang korang akan Nampak bila masuk Hannan Medispa Ampang. Cantik kan? Simple je dekorasi tapi Nampak elegan. Bila Aten masuk Hannan Medispa ni rasa macam masuk rumah sendiri sebab Hannan Medispa ni dibuat di dalam banglo. So, memang akan fefeeling tengah rehat dalam rumah la gituhh. Hehehe.
Apa yang menariknya dengan Hannan Medispa Ampang?

  1. Hannan Medispa Ampang menyediakan rawatan berkualiti pada harga yang berpatutan. Antara rawatannya adalah  mengenai penjagaan kulit, pelangsingan, terapi badan, terapi pemutihan, waxing dan terapi kuku dan kaki.
  2. Analisis muka dan rundingan akan diberikan secara eksklusif oleh perunding kecantikan dalam menyediakan rawatan yang terbaik untuk mereka.
  3. Jaminan untuk kepuasan pelanggan kerana Hannan Medispa Ampang sangat bersemangat dalam memahami permintaan pelanggan dan keperluan dalam menyediakan rawatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini.
  4. Hannan Medispa Ampang dikendalikan oleh pakar yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam industri farmaseutikal. Perunding kecantikan terlatih dan berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan dan hospitaliti terbaik. Ini akan memastikan keselamatan kepada pelanggan mereka
  5. Hannan Medispa Ampang terletak di tengah-tengah bandar, strategik dan mempunyai akses yang mudah ke mana-mana sahaja
  6. Kemudahan ruang parkir yang banyak dan luas
  7. Bagi umat Islam, perkhidmatan di Hannan Medispa Ampang berlandaskan syariah, spa muslimah. Produk-produk yang digunakan di sini adalah halal tanpa  ragu-ragu. Staff spa terdiri daripada wanita Islam.   Bilik yang digunakan untuk pelanggan lelaki dan wanita adalah berbeza. Ahli terapi wanita akan mengenakan sarung tangan ketika merawat pelanggan lelaki. 
  8. Ruang bermain untuk kanak-kanak. Baby and kids friendly spa
Masuk je bilik consultation terus teruja tengok mesin canggih yang ada kat sini. Mesin tu ambik gambar kita 3 kali dan kat monitor keluar gambar macam ni. Total result muka kita. Mesin ni akan scan muka kita tengok muka kita berminyak ke, kering ke, dah tau kita punya spot tu besar ke kecik, dapat tau skala kedutan di muka kita mengikut umur kita. Overall, muka Aten ok cuma kering. Mungkin disebabkan kurang pakai moisturizer, sun screen dan kurang minum air. Selepas dah scan muka, doctor akan suggestkan untuk kita rawatan yang mana bersesuaian dengan Aten. Rawatan yang Aten buat di Hannan Medispa ialah OXYCRYO.
Rawatan Oxycryo yang Aten buat hanyalah mengambil masa 45 minit. 45 minit yang sangat relaxing. Memang kalau datang sini memang confirm boleh hilang stress bekerja. Siap boleh tidur lagi masa buat treatment. Memang confirm akan segar bugar lepas habis treatment. Hehehe. Rawatan Oxycryo adalah semua tentang penyebatian oksigen dan penyelesaian ke dalam kulit kita. Menggunakan  mesin oxycryo diimport khas dari Korea, terapi itu terdiri daripada 4 langkah utama, ia adalah selamat untuk digunakan tanpa kesan sampingan. Basically, rawatan ni dia akan infuse oxygen, solution dan serum ke dalam kulit muka kita. Jangan risau takde cucuk-cucuk. Sejuk je buat treatment. Memang sangat menyenangkan. Habis je treatment memang akan dapat rasa perubahan pada kulit. Bila pegang kulit muka sendiri dah takde rasa kasar-kasar. Kulit jadi lembut dan lembap. Alhamdulillah Aten sangat berpuas hati dengan rawatan dan layanan dari Hannan Medispa Ampang. Will definitely come again here! *.*
Senarai harga mengikut jenis rawatan.  Facial murah, lagi banyak session lagi murah wehh! Affordable spa packages. 
Hannan Medispa  pun ada produk penjagaan kulit mereka tersendiri tau. Aten ada cuba sun screen dorang. Memang best sebab ada moisturizer sekali. So , tak perlu dah pakai 2-3 kali. Memang jimat masa! :D

Hannan Medispa Ampang
Alamat :
301, Jalan 3, Ampang Utama
Ampang, Kuala Lumpur
Contact : 013-263 5007 / 03-42656442
Operation hours : 10AM – 10PM

{ 8 comments.. read them below or add one }

Rabiahtul Adawiyah Rabiahtul Adawiyah 31 March, 2017
Mkin cantiklah akak fatin nnti
Rabiahtul Adawiyah Rabiahtul Adawiyah 31 March, 2017
Adik spa dekat rumah je.guna face relaxing treatment
Hero Borneo Hero Borneo 31 March, 2017
Wow.bagus untuk kaum muslimah
Jacqueline Khoo Jacqueline Khoo 07 April, 2017
Wow look like not bad ya. Can do my facial treatment in secret place hehehe
Tamanna I. Tamanna I. 08 April, 2017
I really like their spa environment. Nice and clean. Gotta check them out!
Sharon Lee Sharon Lee 08 April, 2017
Bestnya the treatment =D The environment too looks clean and spacious!
AnonymousAnonymous 15 November, 2017
Macam mane?ada nampak kesan tak selepas buat tremnt?