Pelancaran 'The Queen of Modesty' by Cosry di The Wedding 2017

Haritu Aten berkesempatan untuk ke The Wedding 2017 di Mandarin Oriental KL. Pelbagai koleksi baju pengantin dari ramai designer tampil membuat pertunjukan fashion show kepada yang hadir pada hari tersebut. Siapa ada datang? Best kan kan kan? Banyak aktiviti menarik ada kat situ termasuk photobooth, pemakaian inai bercorak di jari-jari, free makeup session dan macam-macam lagi. Sape yang tak pergi memang rugi tau. Hehehehe. Btw, kalau korang nak tengok apa yang terjadi masa di The Wedding 2017, korang boleh je cari hashtag #theweddingkl2017 :D
Aten dijemput untuk sama-sama menonton pertunjukan fesyen oleh House of Cosry.  House of Cosry mengambil sebagai inspirasi untuk gaun pengantin terbaru rekaan Putra Aziz yang diberi nama 'The Queen Of Modesty' . Menurut Putra, 12 rekaan gaun pengantinnya pada musim ini selain dari diberi sentuhan unik dan istimewa, beliau turut mengetengahkan konsep gaun pengantin muslimah lengkap dengan rekaan tudung yang pastinya menyerlahkan lagi penampilan pengantin baru.
Daripada 12 rekaannya, 6 daripadanya berona putih gading dan 6 lagi menggunakan 'nude color' yang diserikan dengan renda rona putih gading dan diperincikan dengan kristal Swarovski dan menggunakan fabrik Italian Duschess dan organza.
Cantik kan? Serioussss Aten rambang mata tengok semua koleksi  'The Queen of Modesty' by Cosry di The Wedding 2017. Rasa macam nak kawen balik je. Hekhek. Putra berkata ini merupakan kali pertama konsep gaun pengantin muslimah dipamerkan dalam pertunjukan fesyen pengantin bersesuaian trend dan gaya hidup hari ini yang lebih islamik dan bertepatan dengan tuntutan syariah. Disebabkan semua baju  'The Queen of Modesty' by Cosry di The Wedding 2017 ni cantik cantik, tak banyak gambar Aten snap sebab nak menikmati kecantikan wedding dress ni. Hehehe
Aten sempat rakan video seminit model memperagakan 'The Queen of Modesty' by Cosry di The Wedding 2017. Jemput tengok. Siapa yang merancang nak melangsungkan perkahwinan, rasanya dah boleh survey baju pengantik dari House of Cosry sebab memang cantik sesangat. Suka suka suka! :*

Post a Comment

0 Comments