Pelancaran Meraki Atelier @ Sunway Nexis

Jika korang sedang mencari pakaian Ready To Wear (RTW) untuk simpanan koleksi baju korang, korang kena tengok koleksi Meraki Raya Luxe yang direka khas untuk menarik perhatian dan memenuhi kehendak fashionista dan wanita-wanita yang sukakan keindahan, 'class' dan elegan.
Nama Meraki berasal dari perkataan Greek yang bermaksud untuk melakukan sesuatu dengan jiwa, kreativiti atau cinta dan itu adalah apa yang diilhamkan oleh Datin Norliza dan 2 saudara perempuan cantik beliau yang berkongsi rasa yang sama dalam kehidupan. Mereka kemudian berkumpul dan mengambil keputusan untuk bekerjasama dan menggabungkan pengalaman mereka dan berkongsi apa sahaja kreativiti mereka dengan wanita lain untuk menghasilkan pakaian yang  cantik yang boleh membuat mana-mana wanita kelihatan anggun dan berseri.
Majlis pelancaran Meraki Atelier di Sunway Nexis diserikan dengan penampilan selebriti popular dan cantik seperti Marsha Milan, Elfira Loy, Kate Davies, Zahnita Wilson, Fazul dan supermodel seperti Ayunie Harris, Sunshine Aileen Devi, Tuti. 
Meraki menampilkan koleksi baju yang anggun dan feminin dan membuatkan semua yang hadir di pelancaran tersebut terpukau dengan warna dan design yang direka oleh Meraki Atelier yang kelihatan sanggat elegan. 
Dari segi harga pula, bagi Aten sangat berpatutan iaitu bermula dari RM299 dengan material dan design dari Meraki Atelier. Ohh, korang boleh custom made jugak tau mengikut potongan badan korang. Menarik kan?
Untuk maklumat lanjut mengenai Meraki Atelier, hubungi
Meraki Atelier
Address : D-1-8, Sunway Nexis, No.1 Jalan PJU 5/1 Kota Damansara
Contact : 019 209 2833
Email : hello@merakiatelier.com
Business Hour : 11 Am - 7 Pm

Post a Comment

0 Comments