Movie Review | Power Rangers (2017)

Sinopsis Power Rangers :
'Power Rangers' berkisar tentang lima remaja biasa yang menjadi sesuatu yang luar biasa apabila mereka mengetahui bahawa bandar kecil mereka, Angel Grove, hampir dimusnahkan oleh beberapa ancaman luar bumi. Dipilih kerana mereka menjumpai kepingan syiling , mereka menyedari mereka perlu bertindak cepat kerana mendapati bahawa mereka adalah satu-satunya jalan yang boleh menyelamatkan planet ini dengan menjadi wira Power Rangers. Mereka melalui pelbagai masalah dan halangan demi untuk menjadi wira untuk menyelamatkan Bumi dari ancaman asing. Pelakon utama ialah Dacre Montgomery sebagai Jason (Red Ranger), RJ Cyler sebagai Billy (Blue Ranger), Naomi Scott dan Kimberly (Pink Ranger), Becky G sebagai Trini (Ranger kuning), Ludi Lin sebagai Zack (Black Ranger) dan Elizabeth Banks sebagai Rita Repulse.

Trailer Power Rangers : 
Review Power Rangers (2017) :
Cerita Power Rangers ni Aten tengok dari kecik kot. Ingat lagi tengok kat TV2. Siap gaduh dengan adik-adik nak cop Power Rangers yang mana satu. Memang menggamit memori betul lah. Hahaha. Jalan cerita dia just nice. Sangat relaxing dan tak serabut macam certain cerita. Pembawakan watak dalam cerita ni memang bersesuaian dengan karekter masing-masing. Yang paling legend, lagu yang dorang guna sama wehh macam cerita yang dalam TV tu. Hehehe. Dorang cakap ada post credit video lepas habis cerita ni tapi Aten taktau so tak tunggu la kat wayang. Sedihnya! Teringin gilaaa nak tau. Hhehe. Yang tak berapa best ialah aksi dorang berlawan dengan musuh kejap sangat dekat hujung cerita tu. Tak puas. Kuikui. Overall semua okay. Sape ada masa, pergi tengok okeh! 

Post a Comment

1 Comments

  1. masa kecik2 dulu suku sgt tgok Power Rangers ni... huhu

    ReplyDelete