Majlis Menandatangani Perjanjian antara MONSPACE dan SOFO dan Pelancaran Kerusi Urut SOFO

Hi korang! 
Buat apa tu? Sejak 2 menjak ni rajin Aten update blog. Hekhek. Alhamdulillahhh bukan senang tau nak datang rajin tulis entry ni. Hahahaha.
Soooo, entry kali ni Aten nak cerita tentang 2 company besar dari Malaysia dan China iaitu Monspace dan Smart Furniture Company SOFO menandatangani perjanjian suntikan modal antara mereka dan pelancaran kerusi urut dari SOFO. Aten dan rakan blogger lain sangat excited dengan pelancaran kerusi urut dari SOFO sebab kerusi urut ni katanya lain dari yang lain :D
Monspace Multinasional Corp telah menjadi tuan rumah acara untuk pelancaran kerusi urut Sofo dan menandatangani Perjanjian Suntikan Modal dengan Smart Furniture Company SOFO. Acara ini telah diadakan pada 26 Februari 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC)
Mengenai SOFO :
SOFO ditubuhkan pada tahun 1997. Beroperasi di Guangzhou, ia adalah sebuah syarikat yang pakar dalam penyelidikan, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan aset kesihatan. Ia memberi tumpuan kepada empat tunggak utama: urutan tradisional cina, fisioterapi, kecantikan, dan senaman. Ia dijual di lebih daripada 80 buah negara di seluruh dunia.
Pada majlis itu, Monspace melancarkan kerusi urut yang direka dan dihasilkan oleh SOFO. Elegan, stylish dan nampak bertenaga berlainan dengan kerusi urut yang lain yang mengambil ruang yang besar untuk menggunakannya. Kerusi ini boleh dibaringkan maksimum 132 darjah. Yang paling ketara, pengguna hanya perlu meninggalkan 10cm antara kerusi dan dinding di belakangnya. Ini adalah peningkatan yang besar berbanding kerusi urut konvensional, di mana 0.5-1.0m diperlukan. Ianya sangat menjimatkan ruang rumah kita semua :D
Gaya hidup yang sibuk pasti akan membuatkan kita tertekan. Dengan adanya kerusi urut ni, selepas seharian penat bekerja, bolehlah kita semua rehat di atas kerusi urut terbaru dari SOFO yang sangat selesa dan mempunyai pelbagai fungsi. Amalkan penggunaan kerusi urut setiap hari sangat berguna untuk kesejahteraan fizikal dan mental.
Kerusi urut pelbagai fungsi ini boleh dibeli di MONSPACE Mall iaitu di www.monspacemall.com . Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kerusi urut ni boleh melayari website mereka :)

Post a Comment

0 Comments