Layanan 5 Bintang di The Eye Shop Bangi

Haritu Aten dan rakan blogger lain ada ke kedai spec mata The Eye Shop Optometry di Bangi. The Eye Shop Optometry Bangi tidak seperti typical kedai spec mata yang lain! Kenapa? Kitorang diberi layanan lima bintang dan suasana dalam kedai seakan-akan butik mewah. Siap ada sofa tau kat tengah2 kedai untuk consultation. Ini merupakan keunikan perkhidmatan yang ditawarkan pusat penjagaan mata The Eye Shop kepada pelanggannya.
The Eye Shop terletak di Bangi ni menawarkan pemeriksaan mata secara menyeluruh, merangkumi pemeriksaan rabun jauh, rabun dekat, rabun warna dan perkhidmatan kanta lengkap atau kanta sentuh. Lengkap semuanya! Seperti kita sedia maklum, bukan semua premis optometri yang benar-benar melakukan pemeriksaan mata menyeluruh termasuk pemeriksaan kesihatan mata kepada pelanggan.
Di The Eye Shop, pakar mata mereka mampu mengesan sekiranya pelanggan yang datang mengalami penyakit mata dan mereka akan mencadangkan tindakan susulan segera yang sesuai bagi mengelakkan masalah mata yang lebih serius dan cenderung kepada buta.
Selain itu, The Eye Shop juga mengutamakan keselesaan pelanggan jadi layanan lima bintang akan diberikan bagi memastikan pelanggan selesa berada di premis The Eye Shop. Antara layanan yang diberi ialah penyediaan makanan ringan seperti kek dan jus untuk pelanggan. Memang berbeza dengan kedai lain! 
The Eye Shop juga menyediakan konsultasi berhubung kesihatan mata dengan menggunakan mesin 'slit lamp' bagi mengesan pelbagai masalah yang berbahaya dan serius termasuk masalah katarak, glaucma dan kerosakan pada retina. The Eye Shop juga memiliki makmal sendiri yang dilengkapi mesin khas untuk pemotongan kanta. So, tempahan yang dibuat akan disiapkan dengan pantas. Ni yang paling best. Haritu Aten tempah spec mata, tak sampai seminggu dah siap. Thorbaekk!
Selain perkhidmatan kesihatan mata, The Eye Shop turut menjual pelbagai jenis dan jenama kacamata hitam serta bingkai kaca mata pada harga yang amat berpatutan. Kalau korang tengok mesti rambang mata macam Aten taktau nak pilih yang mana. Hahaha
Untuk maklumat lanjut mengenai The Eye Shop Optometry, hubungi
The Eye Shop Optometry
Alamat :
G-6, Jln 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
Bangi, Malaysia
Contact no : 03-8912 2871

Post a Comment

1 Comments